Cookies & Cream Cheesecake

Cookies & Cream Cheesecake

Ini cheesecake yang tak perlu dibakar. Cuma chillkan sahaja. Dibuat pada 30 September 2008 dulu.

Cookies and Cream Cheesecake

Sumber : The Australian Women’s Weekly (Chocolate 70 wicked recipes)

Bahan-bahan

250g biskut coklat
150g mentega cair
2 tsp gelatin
1/4 cawan air / 60 ml air
360g cream cheese lembut
300ml cream (whip cream dalam kotak)
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula castor / 110g gula castor
180g white eating chocolate, melted (saya guna white cooking chocolate)
150g cream filled chocolate biscuits, potong
450g dark eating chocolate, melted (saya guna cooking chocolate biasa)

Cara

  1. Lapikkan dasar loyang springform dgn kertas minyak.
  2. Blendkan biskut coklat di dalam food processor sehingga berupa seperti breadcrumbs. Masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Tekankan adunan biskut ini pada dasar loyang dan kelilingnya agak2 3 cm tinggi. Coverkan dengan aluminium foil dan sejukkan dalam peti ais.
  3. Satukan gelatin dan air dalam bekas kalis panas. Letakkan di dalam frying pan yang diletak air. (Lebih kurang macam kaedah steambath). Kacau sehingga gelatin itu larut.
  4. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, whip cream, esen vanilla dan gula sehingga sebati. Masukkan gelatin dan white chocolate dan gaul. Masukkan biskut dan gaul perlahan.
  5. Tuangkan bancuhan ini dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Sejukkan dalam peti ais selama sekurang-kurang 3 jam. Kalau semalaman lagi bagus.
  6. Sebelum hidang, drizzlekan dengan dark chocolate.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *