Dapur Berasap Selepas Online

Kek Durian Dot Dot

Kek Durian Dot Dot

Sumber & Gambar : Deeyana

Musim durian dah tiba. Apa lagi demam durian lah jawabnya. Balik jer dari class tadi siang, terus jer mengadun kek. Smlm bonda beli durian tak baper elok sangat. Selain wat tempoyak ngan bubur, teringin lak wat kek durian. Alhamdulillah, keknya pun lembut dan moist. Disebabkan kat dapur ada belen lagi sket chocolate rice, so DeeDee pun sajer menggatal tangan masukkan ke dlm adunan kek. Mmg mengancam, selera gitu. Tu yang datangnya Durian dot dot…. 🙂 Apa-apa pun resipinya kat bawah k.

Bahan-bahan

240 gm Butter
225 gm gula kastor
240 gm tepung gandum
2 cawan isi durian yang diblender bersama 1/2 cawan susu segar
4 biji telur
5 susu besar chocolate rice
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonat of soda
1 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
  2. Asingkan putih dan kuning telur. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan durian yang telah diblender bersama susu. Kacau rata.
  5. Kemudian masukkan chocolate rice.
  6. Ayak tepung + baking powder + bicarbonat of soda + garam.
  7. Masukkan ke dalam adunan butter berselang seli dengan susu.
  8. Kaup balikkan guna spatula.
  9. Pukul putih telur hingga kembang.
  10. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balikkan sebentar sehingga sebati.
  11. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris.
  12. Bakar sehingga masak.  Selamat mencuba!   



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *