Biskut Sarang Burung

Sumber : Baya
Tarikh : 7 September 2006


Bahan-bahan

2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telor
1 sudu teh esen vanilla.
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 putih telor, dipukul sedikit
3/4 cawan badam yang dipotong memanjang
1/3 cawan strawberry jem

Cara

  1. Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Dalam bekas yang besar, campurkan butter dan gula dan pukul sehingga sebati.
  3. Pukul kuning telor, vanilla, dan garam.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit -sikit.
  5. Bentukkan doh kepada 3/4 inch bola.
  6. Dip in ke dalam putih telor yang telah dipukul sedikit, kemudian rollkan kedalam badam yang dipotong memanjang.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar/ jarakkan 1 inci.
  8. Tekankan di tengah doh dengan munggunakan jari ( membentuk sedikit lubang)
  9. Bakar selama 15 to 17 minutes, sehingga sedikit perang.
  10. Sejukkan, sebelum dihidangkan penuhkan tengah biskut dengan strawberry jem.

Nota dari Baya : Ha nie dia resepi yg dijanjikan untuk mama. Setelah baya cuba beberapa resepi, inilah yg paling kena dengan tekakku. Minta maaf banyak mama, sebab begitu lambat bagi resepi nie, seperti biasa alasan kesibukanbekerja. .. Insyaallah mudah saja buat ni.

FAQ

Norzana : mama.. kalau macam tu mesti dia agak lembek kan dekat bahagian atas dia? Kalau jem tu kita bubuh waktu nak di bakar boleh tak ?

Baya :    zana.. mudah saja buat biskut nie memang dough dia agak lembut supaya senang untuk kacang atau almond tu melekat pada doughnya. Baya rasa kalau letak jem dulu nanti jem tu bila dimakan akan keras sedikit dan rasanya akan jadi lain dari keaslian biskut nie hehehe betul ka ayat tu. Anyway biskut nie bila dihidangkan tak sempat nak dirasa yang tinggal hanya 2biji sahaja sempat di ambik gambarnya dulu. Dlieya thanks kerana mencuba ya. .

Dlieya : sama2 kasih kak baya tapikan memang sodappp … hehehehehe jem dlieya letak bila dah masak ….. !!!!!apa2 thanks again

Linda : kak baya,bagaimana pulak kalau kita nak membiarkannya dlm oven kalau kita nak bakar dlm kuantiti yg banyak?  ada cara lain tak??  Lagi satu soalan tentang biskut sarang burung tu, bila nak hidang baru picitkan jem ye??  kalau nak buat berjual bagaimana pula ye??  tak ker dia melekat nanti bila ditindih2?

Anis :  Celah jap walaupun tak pernah bikin biskut sarang burung ni.jawapan ni based on jejari strawberry yang saya buat sebab konsep dia lebih-kurang sama….ada doh & ada jem kat permukaan.  apa yang saya buat utk ngelakkan melekat bila ditindih2….masa packing biskut, atas setiap layer tu, saya letak kertas kalis minyak.  insyaallah, tak melekat.  di samping tu, nampak presentable & biskut pun tersusun cantik selapis demi selapis.hope this helps…:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *