Seperti yang telah dijanjikan ini dia resipi biskut yang nak diCSIkan tu….Abg joe tempohari pergilah rumah terbuka seorang sahabat… bila ternampakjerrr biskut ni.. maka teringatlah abg joe akan sedara2 kat RN nie….sambil buat muka seposen… abg joe merayu mintak resipinya… mula2 tu takbagi… almaklomlah dia buat meniaga……tapi mengenangkan abg joe ni kananak yatim piatu… ujong-ujong dia pong bagilah….
Sumber : D’MasLily
Dikongsi oleh Arwah Abang Joe
Tarikh : 23 November 2005
Bahan-bahan
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula castor
Sedikit jem (gunakan blackcurrant lagi sedap)
Bahan taburan
Hirisan badam
Topping (pukul kembang)
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung
Pantang-larang topping, jangan terkena sebarang minyak atau air. Nanti kuih bantut.
Cara-cara
- Gula castor & tepung digaul rata.
- Masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Canaikan adunan dalam loyang saiz 9 x 12 x 14.
- Bakar dengan suhu 160-170 selama 10-12 minit atau sehingga kekuningan.
- Keluarkan dan sapu dengan jem dan topping dan tabur badam hiris.
- Bakar lagi selama 10 minit.
- Potong biskut semasa panas.