Frambozen Kenari Jasmin

FRAMBOZEN CANARY/ ALMOND RASPBERRY MERINGUE SHORTBREAD

Sumber : Jasmin Khalid

Bahan-bahannya

2 cawan tepung serbaguna
2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi 

Topping

1/3 cawan gula halus
1/2 cawan hirisan badam 

Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. 
  2. Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.  
  3. Perhatian:  Doh akan keras sikit.  Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 – 20 minit. 
  4. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.  
  5. Topping : Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat. 
  6. Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. 
  7. Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam. 
  8. Bakar pada suhu sederhana selama 8 – 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.  
  9. Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *