Snow Almond

Snow Almond

Resipi kiriman – Zubaidah Che Pa
Sumber Majalah Jelita Sept. 2007
Gambar : Baya


BAHAN A
110 gm mentega
1/2 sudu besar shorteing
50 gm kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 biji kuning telur

BAHAN B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum (kisar)
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam


HIASAN
Serbuk roti putih
coklat masakan

PENYEDIAAN

  1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati.
  2. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaul rata2.
  3. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
  4. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
  5. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
  6. Dah sejuk celupkan ke dalam coklat masakan dan golekkan ke dalam serbuk roti.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *