
Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti…), wa tukau menu pulak. Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah. Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah… kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa nih tau…). Lepas ni wa akan wat selalu sampai jemu. Dah siap bakar tu, paip sikit custard kat dalam untuk testing… mak oiiiiiiiiiiiiiiiiii… wa tengok laju jer tangan2 menyambut… lepas satu tray kuar oven, sementara tunggu next tray done, yang kat atas meja dah selesai… next tray kuar, masuk next tray dlm oven… yang tadi kuar dah hilang… adusss!!! Sampai pagi ni wa cuma dapat supply 18 ketul jer kat neighbor nak bawak kat kilang dia… hehehehe…Ada belen lagi beberapa ketul, bapak ngan anak main O som… sapa menang dapat makan lebih… omak nih, teruk membuatnya… nganga jer lah…
Anim Penyulawa
Sumber : Umi Imah
Tarikh : 27 Mac 2006
Gambar : Anim, Mamazieza & Jeni
Cream Puff ni mudah nak buat. Rasa pun sedap.
Bahan-bahan
Pastry
250ml air
125gm butter
150gm tepong
sedikit garam & gula
4 biji telor
Cara
- Didihkan air dan butter hingga butter cair.
- Kemudian masukkan tepong yg dah diayak.
- Gaul hingga sebati (tepong tak melekat kat bekas). Angkat dan sejukkan.
- Bila dah sejuk, pukul sedikit dan masukkan telor sebiji-sebiji.
- Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Bahan Custard
500ml susu segar
100gm gula
80gm tepong custard
Cara
- Hangatkan susu & gula atas api sederhana.
- Masukkan tepong custard dan dia kacau hingga pekat.
FILLINGS DURIAN
Sumber : Mamazieza
Yang ni mama hantam jerr tau.. hahahaha
300 gm isi durian
250 gm whipping creamsedikit jerr gula (dlm 1 sudu kecik, sebab durian mama tk manis sgt)
susu dua sudu besar
Pukul whipping cream dgn gula dan susu sampai gebu, masukkan isi duran dan pukul lagi sekejap..Lepas tu isi laa isi durian ni kat mana suka..hehehe
TIPS
Julia – Guna telur gred B paling sesuai adunan x jatuh jadi kembang. Molek aja gebu. Ni stakat yang sy try la. Guna gred A adunan lembik skit n jd besar melebar size. Kalau b tu cantik meninggi.
FEEDBACK
Anim Penyulawa : Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti…), wa tukau menu pulak. Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah. Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah… kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa nih tau…). Lepas ni wa akan wat selalu sampai jemu. Dah siap bakar tu, paip sikit custard kat dalam untuk testing… mak oiiiiiiiiiiiiiiiiii… wa tengok laju jer tangan2 menyambut… lepas satu tray kuar oven, sementara tunggu next tray done, yang kat atas meja dah selesai… next tray kuar, masuk next tray dlm oven… yang tadi kuar dah hilang… adusss!!! Sampai pagi ni wa cuma dapat supply 18 ketul jer kat neighbor nak bawak kat kilang dia… hehehehe…Ada belen lagi beberapa ketul, bapak ngan anak main O som… sapa menang dapat makan lebih… omak nih, teruk membuatnya… nganga jer lah…
Almizah Mamat : Ari ni ada makan makan kat opis..so miza buat krim paff ni..buat konit-konit jer..senang ambik satu terus masuk mulut..memang mendapat pujian…thanks umi & anim for the resipi…
Jeni : tadi Jeni try buat cream puff Ummi Imah. Memang senang betul membuatnya ye. Tak ku sangka semudah A B C hehe. Juga ni first time Jeni guna oven kat rumah ni. Lain sikit ovennya. Api tak leh control atas bawah punya. Nak on oven pon tak confident tadi.
Masa buat tadi Jeni picit cream puff tu besar sket. Lain kali nak buat comei-comel, jenis yang sekali ngap masuk semua dalam mulut. Ni sebenarnya nak practise dulu. Jumaat ni ada buat farewell kawan nak balik Msia. Kita ditugaskan buat dessert. So kita try la buat yang ni. Sebab kek kek ke pudding ke ku sungguh tak tau rasa. 😛
Mamazieza : Ni cream puff yang mama dapat tempahan last week.. tak banyak cuma 100 keping jerrr..lebih kurang 4 adunan (utk besar yang mama buat laa) mama buat exactly 100% mcm resipi.




