Hari sabtu yg lepas, Dee cuba resipi Mas untuk sarapan pagi, tapi Dee guna Vermicelli Pasta (Very thin, round pasta strands, which are similar to spaghettini. They are slightly thinner than spaghettini). Feedback from my parents, sedap….lain dari yg lain. Feed back from my daughter, kindly of weird taste tapi sedap giler……hahahahaha.
Puteri Dee.
Sumber : Wan Mastura
Gambar : Jeni & Puteri Dee
Tarikh : 6 Julai 2006
Bahan A
1 paket vietnamese rice noodle atau apa2 noodle-rebus macam spaghetti
Udang / ayam / daging atau apa-apa
Air
sedikit tauge
Bahan B kisar
6 bawang merah
6 bawang putih
2 serai
2 bunga kantan
1 cawan udang kering-rendam
Bahan C
1 bawang besar-mayang
cili padi hiris- ikutlah nak pedas mana
Dalam 5 sudu besar tomyam paste
Garam dan gula secukup rasa
Kicap pekat
Pepper
air perahan limau kasturi skit
Cara
- Tumis blended B.
- Masukkan udang, ayam, daging atau apa-apa yang nak dimasukkan.
- Masukkan pula bahan C. cukupkan rasa.
- Masukkan noodle, gaul rata, kalau kering, tambah air skit.
- Akhir sekali masukkan tauge dan tutup api.
- Boleh ditabur telur dadar, daun sop dan cili merah hiris di atas.
- Sedia untuk dingap.
Feedback
Puteri Dee : Hari sabtu yg lepas, Dee cuba resipi Mas untuk sarapan pagi, tapi Dee guna Vermicelli Pasta (Very thin, round pasta strands, which are similar to spaghettini. They are slightly thinner than spaghettini). Feedback from my parents, sedap….lain dari yg lain. Feed back from my daughter, kindly of weird taste tapi sedap giler……hahahahaha.
Sarah Jasmine : Saya suka btol wat resepi yg k.mas bagi…sume sedap bangat & senang. Yg mi tomyam plak…isskkkk….tak terkata kesedapannya. Yg ini Nashya yg goreng….sy nyibuk jer. KIta orang suka mi basah so dia lebeykan air. Kita blasah tak hingat dunia ko… sedapppp….makan ngan kimchi (beli kat ikano). pedas tomyam & cili api lawan ngan pedas cili powder kimchi. mak aiiiii……tak bersuara kita orang berdua…hehehehheh.
Jeni : Saya gunakan pasta spaghetti sahaja sebab kat sini susah nak guna mee. Dan resipi ini memang guna pasta pon 🙂 Saya memang suka sekali sekala buat fried tom yam noodle ni. Bagi kelainan sikit dari mee goreng biasa tu. Memang sedap !
Norhayati Basri : saya pernah try resepi nie. Tapi saya pakai Mee.Memang mengancam & lain dr mee yg lain. Bau dia pun semerbak harum. Bau tom yam dia …. walla……