Chewy Gooey Yummy Brownies

Chewy Gooey Yummy Brownies

Minggu lepas buat brownies, tak silap Diana dah tepek resepi tu, tapi terpk nak brownies yg more dense, chewy,gooey nya brownies, so lepas 3 kali of testing (yes 3x  dalam 2 hari), alhamdulillah inilah yg Mas dapat altho kalau ada masa rasanya nak try densekan lagi skit (kononlah), brownies ni memang tak sweet sgt coz nak makan dgn vanilla icecream, so sape nak manis boleh tambah dalam 20g gula lagi.. 

Wan Mastura

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Sumber : Wan Mastura
Gambar : Ramai sangat share gambar 
Tarikh : 6 April 2006

Bahan
250g butter – potong kecik
400g chocolate – potong kecik
6 eggs
280g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

Cara

  1. Panaskan oven suhu  160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
  2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
  3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
  4. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul.  Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
  6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
  7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
  8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad… 

FEEDBACK

Ain –  Kak Mas, Ain dah try wat brownies kak mas ni last w/end. Overall memang sedap, a must try kawan2! Ain mungkin akan kurangkan gula tu jadi 300g je. (resipi asal 340g) . Kalau dapat sikit lagi chewy gooey nya lagi best! 

Norehan Yaakob –  hari ahad baru ni saya dah buat brownies yg mas kasi ari tu….pas tu bagi lah kat jiran dan member opis…..nak dijadikan citer maka ramai yg dah terjatuh cinta ngan brownies mas ni

Norish –  brownies resepi dr mas yg dibuat beberapa minggu lepas,mmg mabeles…dah la mmg terasa kecoklatannya,letak lg topping coklat..walla….

Sarah Jasmine –  Saya suka btol wat resepi yg k.mas bagi…sume sedap bangat & senang. Ini ada 2 resepi. Brwonies & Mi Tomyam. Brownies dah banyak kali wat…syokkk wooo…saper yg blom try…shud try.

Safiah Othman –  Saya dah try resepi ni last weekend. Sedapppppp…. Hingga menjilat jari. Terimakasih bebanyak sebab share resepi. Gambar tak dapat nak tempek sebab sekelip mata dah disambar dengan anak2 ku.

Mak Lang Azie –  Rasa brownies ni alamakkkkk sedap bangat… lebih sedap dari yg jual kat JJ tu… Ekceli, anak bujang maklang request suruh buat kek coklat tapi maklang dah jemu nak wat kek coklat so maklang wat brownies ni lagipun diorang tak tau pun… tengok asal coklat jer kek lah tu…..

Lynn Sham – Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Setelah sekian lama membaca komen dari kawan-kawan, saya ambil peluang untuk mencuba resipi ni hari Sabtu lepas.  Dulu saya pernah cuba resipi lain.. brownies tu jadi berminyak dan bantat!  Frust betul!  Sejak tu saya jadi macam fobia jugaklah untuk buat brownies..  Untuk kali ni, saya buat hanya 2/3 dari sukatan asal sebab nak padankan dengan saiz loyang cutter yang 50pc tu.  Alhamdulillah, adunan cukup sesuai dengan saiz loyang.  Saya gunakan walnut dan almond. Alhamdulillah, percubaan pertama saya menjadi..  Bila dah siap potong, saya minta Sham tengok brownies tu.. happy punya pasal, siap paksa-paksa lagi.. bila dah tengok, terus Sham nak makan walaupun masih panas!  Kata Sham, takkan tengok je kan.. ha.. ha.. ha.. Resipi dari Mas ni memang sedap!  Terima kasih banyak-banyak Mas!  Cukup kena dengan tekak kami yang sukakan coklat..  

Zahidah Omar – kalo nak lagi sedap..gunakan belgium chocolate … mmg meletop… kwn2 kat opis nih kalo mkn brownies nih mmg puji tak abih la..mekasih kat pemberi resepi nih…

Yanti –  Salam gang, Hari sabtu lepas buat brownies nie…makan dengan eskrem…errrmmm nyamannn….

Norish – resepi brownies yg paling menepati selera so far..kt letak 300gm brown sgt

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *