
Assalamualaikum gang, dah lama saya x menempek apa-apa kat sini. Penyakit ‘M’ banyak sangat melanda. Last weekend saya buat ‘Rosyanti Lemon Chicken’…hahaha..sempena nama sayalah tu!…’Rosemary Lemon Chicken’ nama resipi asal…bila makan rasa macam berada kat Kenny Rogers Restaurant pulakk…cuma nya saya makan dgn nasi!….takde coleslaw…apa-apa pun resipi ni memang superb!…terima kasih kepada penyumbang resipi ni …
Kiriman : Yanti
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Gambar : Jeni
Tarikh : 9 April 2007
BAHAN
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
1 sudu teh Rosemary Kering
CARA
- Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
- Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
- Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
- Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat ke dalam perut ayam.
- Lumurkan ayam tadi dengan bahan yang digaul tadi dan bakar didalam oven 180’c selama 1 jam atau sehingga masak.
- Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh,,,tak caya cubalah..
Diolah oleh Jeni
1kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
1 sudu teh rosemary Kering
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4
Cara:
- Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit.Angkat dan tos.
- Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
- Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
- Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
- Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
- Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
- Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
- Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180’c selama 1 jam atau sehingga masak.
- Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh,,,tak caya cubalah
Resipi ini telah banyak kali dicuba oleh members Resipi.Net. Beberapa members memberi feedback resipi ada sedikit pahit. Jadi resipi telah dikurangkan sukatan rosemary kepada 1 sudu teh. Kalau tak nak letak Rosemary pun tak apa. Boleh ganti dengan serbuk black pepper kasar.
FEEDBACK
Jeni : Saya try resipi Lemon Rosemary Chicken Grilled. Pehhh … memang sedap resipi tu. Tak sangka la ye rasanya memang lagi sedap dari ayam Kenny Rogers. Husband saya yang kurang makan western food ni pon cakap boleh masak ayam ni kalau ada makan-makan kat rumah kawan-kawan lagi kat sini. Dua tiga kali saya tanya dia ok ke ok ke? Dia kata sedap. Saya makan ayam ni dengan Chili Sos dan coleslaw buat sendiri.
Nor Dzihad : Jeni, kalau ayam dah di potong2 camner pulak. Gaul sekali dgn bahan ditumbuk, baru bakar ye.termasuk limau yg dicucuk tu ke. Beli ayam dah dipotong, tiba2 teringin pulak nak buat masak ni.
Jeni : Nor dzihad, kalau ayam dah dipotong2, saya suggest u perahkan terus lemon yg direbus tu kat ayam tu. Boleh aje 🙂 Kalau ada leftovers ayam tu boleh siat2 isinya dan jadikan chicken sandwich atau chicken salad juga esoknya 🙂 Sorry tadi lupa nak cakap, kalau boleh ayam ni selepas disumbat dan dilumur dgn rempah tadi, perapkan dulu 3-4 jam dan masuk dalam peti ais (bukan bekukan). Sebab makin lama perap makin menyerap dia ke dalam isi. Jadi masa makan kulit sedap dalam pun sedap 😄
Julia : Semalam selepas dapat jer rosemary, saya pun mulalah perap ayam mengikut resepi..hehehehee..alhamdulillah, garpu saya x tinggalkan dalam perut ayam. semuanya selamat untuk di makan. memang betullah, suami kata konpem rasa cam kenny rogers. tapi semalam saya gril ayam sahaja, sebab balance spagetti goreng pagi tadi masih ada..yang syok suamiku makan 1/2 ayam tuh…hehehehe..berbaloi buat..nanti lain kali boleh cuba lagiii
Mamazieza : Oooooo… memang ternyata and proven sedap ini ayam golek ponggeng.. hehehe….walaupun mama tak perap lama.. cuma dalam 30 minit jerrr…Jeni kata kalau nak sedap perap dalam 2 atau 3 jam.. mana sempat.. takkan nak makan jam 12.00 malam.. hehehehe….. pastu terlupa pulak gaul bahan perapan ngan olive oil… (langsung tak berminyak .. wakakakaka) tapi sedap… Yang bestnya bila my son kata, “Tengok laa sape yang buat, mama Iji”.. hahahaha terawang-awangan.. kat atas apartment 3 tingkat.. muahahahaha My eldest thought that I bought the chicken… chehhhh.. hahahahaha.. sebab sedap sangatkan.. and mama dia memang terkenal TAK PANDAI MASAK… FYI.. untuk bake chicken ni… ku bersms berkali-kali ngan Jeni… Penang Riyadh…Penang Riyadh.. hahaha.. dan jugak baru pertama kali ku bawak keluar Pyrex ku dari kotak.. walau dah beli bertahun lamanya jadik tukun.. muahahhahaha
Sathia : Bau mmg klas, my whole kitchen had fantastic smell, sbb nampak macam togel je so i made very simple spagehetti -spagehetti stir fried lightly with minced garlic, and basil, oregano and parsley a dash of everything and salt to season, simple coleslaw with shredded cabbage and carrot and also my neighbour anties, mrs tan’s apple & pineaple chutney. Cuma nya i pressed on the lemon so ada rasa pahit sikit je, otherwise simply marvelous. the juice mmg mix well dgn ayam and all the others like potatoes, carrots, onions and tomatoes..

