Harum Manis

Harum Manis

Resipi ini pun best kalau buat buka puasa.  Boleh kukus kat acuan lompang.  Jadi dia kecil-kecil molek jadinya. Sekali ngap masuk mulut satu biji.

HARUM MANIS

Kiriman : Diana A.
Sumber: Siti Mastura/Lina
Tarikh : 10 Oktober 2005

Bahan-bahannya

300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur

200 gm gula pasir 
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder1 sudu teh bicarbonate of soda(3 bahan diatas diayak) 
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis 

Cara-caranya

  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut.  Tapis dan sejukkan. 
  2. Pukul telur dan gula hingga naik. 
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata. 
  4. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati. 
  5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. 
  6. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan separuh penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan. 
  7. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. 
  8. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

TIPS

Halimah Anang –  masa kak limah buat, kak limah gunakan acuan kaca mangkok kecil yang cina buat sembahyang tu, kalau ada acuan gelas kecil lagi cantik bentuknya tinggi sedikit. Acuan tu lah jugak kak limah gunakan untuk acuan kueh lompang.Kalau tak de juga bolehlah gunakan loyang kek kecil dan jangan lupa disapu butter supaya mudah untuk dikeluarkan.  Adunan di taruh di mangkuk kecil-kecil dan di atasnya dihias dengan pisang yang dah dipotong bulat-bulat, senang aje buatnya seperti kueh apam gula melaka cuma ia tak merekah seperti bunga. Kak limah suka gunakan pisang berangan.

FEEDBACK

Zai Jiryani Zainudin –  Dah cuba buat weekend hari tu.. Buat breakfast dgn minum ptg… Wahh hubby kita sukeeeee makan kuih tuh.. Anak pon suke sbb mcm kuih apamlebih kurangg…

Ina Honey –  Syukur akhirnya jadik gak ina buat apam ni ari tu . Puas hati coz first try tp menjadik lak tu…semua yg mkn kata sodap…& one more ina curik seketul & simpan nak tenguk samada sok pagi apam ni keras x (siap buat experiment tu ) & jawapannya apam ni tetap lembut & x tersangkut pun kak tokak den ni….pd yg lom cuba lagi meh ler cuba …kalau nak buat mkn kenduri pun elok gak ni …..

Ezah –  ezah try lak buat kuih harum manis dari lina tu…fuyoo..menjadi dan bukan main lembut lagi:)…Senangnya hati bukan kepalang…maklum lah baru belajar2 nak buat kuih ni…ternyata resepi yg dikongsi di RN ni menepati citarasa…Terimakasih buat sifu2 di RN ni:)

Zurinawati –  Semalam kita ader buat kuih harum manis(sorry tak sempat nak snap gambar). Memang senang dibuat, rasa pun sedap. Tapi ader dua jer pertanyaan,

1. apasal hirisan pisang (kita guna pisang emas dibawa belayar) yang kita letak atas adunan (dalam cawan loyang kecil) tu, jadi warna dan rupa bentuk hirisan pisang tu kurang menarik selepas 15 minit kuih tu dikukus. (Selain dari hirisan pisang, apa lagi yang boleh diletakkan diatas adunan kuih tu..? sebab kalau tak letak aper2, dah jadi apam lak. Cuma rasa nyer lainsikit.Jadi nak ler ada perbezaan sikit.)

2. Kenapa yek, area yang kita letak hirisan pisang tu lembab dan berair.(kita rasa hirisan pisang mengeluarkan lembapan)Kita dah cuba letak hirisan pisang tu selepas 15 minit kuih dikukus.Kemudian kukus lagi utk 5 minit. Hasilnye tak der lagi kawasan yang lembab.

Tapi selepas 15minit disejukkan, warna kuning hirisan pisang tadi dah bertukar jadi gelap. (itu yang buat presentation tak berapa cantik sikit. Tapi rasanyer tetap sama..tahan sehingga petang.

Mel Melati – Mel tolong jawab ehh….sbb warna pisang tu kurang menarik ialah utk kuih harum manis ini tak blh gunakan pisang emas sbb pisang emas akan benyek kalau dikukus walaupun rasanya tetap manis.Mel selalu gunakan pisang Raja.  Lagi satu bila kita potong pisang tu tak blh terlalu tipis nanti dia akan timbul bila dikukus.  Potong anggaran 1/2 inci..Lagi satu , bubuh adonan tepung kedalam acuan hingga habis barulah kupas kulit pisang dan potong terus taroh ditgh2 adonan tadi dan terus dikukus .  Ini utk mengelakkan pisang dari bertukar warna.Ini dari pengalaman Mel waktu membuat kuih harum manis nii…..kepada yg lain2 tu kalau ada yg Mel silap tolong diperbetulkan ……

Ujen –  Pagi tadi bangun kul 5, tengok ada pisang..cepat2 keluarkan barang dan godek2 buat harum manis. Dah lama teringin nak buat . Sebab nak cepat masak ( takut terlambat nak gikerja ), saya isi penuh2 cukup2 kan 2 kali naik kukus.. Hasilnye harum saya naik tinggi macam gunung berapi dan montel2 cam tuan dia..kekekekek

Rasanye….aduiiii sedappp..tak manis sgt…haruman pisangnye menusuk kalbu…. MAsa bawak kat opis tadi makcik kat kantin tanya..apa tu…saya cakap la harum manis..ha rasalah saya buat sendri…

Pastu dia dtg balik…Nie nak komplain nie pasal kuih tadi…”terbangak jugak la..apa masalah plak “..dia cakap.. Nak komplainnn sedaaaaappppp….kekekekeke

Aleen Omar –  Kuih yg leen buat sbg buah tangan utk tuan rumah majlis pertunangan hari sabtu tu… nampak mcm leceh nak membuatnya tp mmg mudah, gebu & tomeiii…. pak mentua & sis in law yg dpt merasa pon suka banget… tp u no ask-ask me arrr… sbb mmg x gemar ngan kerabat apom nihh… leen buat 3 adunan dpt lebih dr 120 bj. isi 1/2 je acuan sbb klu isi 3/4 nnt membuak2 jd kurang cun… gula pulak leen kurangkan ke 160 g shj…memang berbaloi & muai kalau nak buat buahtangan kenduri kendara… tks pd penyumbang resepi.. x ingat saper tuanpunya asal…. :-))

Jeni –  semalam nak perabiskan pisang sebelum dia lembik dan lebam, saya cuba resipi Harum Manis ni. Memang sedap apam ni. Lain dari yang lain sebab ada pisang slice kat atasnya. Mula-mula ingatkan akan terasa kegulamerahannya. Tapi rasa saya, rasa pisang tu dah meresap dalam apam tu. Memang yummy. Encik suami makan 7 ketul sekali hadap.

Saya ikut tips Leen Kakaktomei. Letak separuh saja dalam acuan lompang tu sebab dia naik membuak dan menyenget macam menara pisa bila letak 3/4 acuan. Memang satu adunan dapat dalam lebih kurang 40 ketul.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *