Philly Cheese Steak Buritto

Philly Cheese Steak Buritto

Ni makanan orang muda-mudi. Saya buat untuk anak teruna ku yang dah jemu makan nasi. Buritto ni tak besar sangat. Sekali dia makan 3 keping terus. Saya buat banyak selalunya. Simpan dalam peti ais bahagian biasa sahaja. Selalunya dalam 2 hari dah habislah anak-anak makan. Tak sempat nak frozenkan. Kalau beli yang frozen dari grocer satu keping jatuh dalam RM6 lebih. Tu yang locally made lah. 

Jeni

Sumber & Gambar : Jeni
Tarikh : 4 April 2020

Bahan-bahan

500 gm daging cincang
2 biji cili hijau bell pepper didadu
1 biji bawang besar didadu
2 sdt serbuk lada hitam kasar
1 1/4 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1 sudu besar minyak zaiton atau minyak biasa
400 gm keju parut (kalau nak mewah cheese lagi banyak pun boleh)
15 keping tortilla

Cara

  1. Panaskan minyak di dalam frying pan. Tumis daging cincang sampai masak dan kering. Kalau daging cincang ada banyak lemak akan jadi berminyak sikit.
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Letaklah secukup rasa.
  3. Keluarkan daging cincang dari frying pan.
  4. Biarkan ada minyak-minyak dari daging tu dalam pan.Masukkan bawang. Tumis sehingga layu sedikit sahaja.
  5. Masukkan bell pepper hijau dan kacau seketika sahaja. Kita tak mahu dia lembik ya. Nak maintain crunchy.
  6. Angkat dan letakkan dalam mangkuk.Letakkan daging, campuran bell pepper dan bawang seperti dalam gambar.Lipatkan di kiri kanan tortilla dan kemudian gulung.
  7. Kalau tak nak makan lagi boleh simpan dulu dalam bekas. Sebab ia sedap dimakan panas-panas. Sebelum makan grillkan sedikit atas pan. Jadi kulit tortilla tu ada rasa crunchy sikit.
  8. Boleh juga disejukbekukan. Untuk sejukbeku, balutkan tortilla tu satu persatu dengan aluminium foil atau cling wrap. Masukkan dalam freezer. Bila nak makan letakkan di luar sehingga kulit lembutlah. Kalau keras-keras beku tu terus letak atas grill takut dalam tak sempat panas dan kat luar dah terbakar.

Tips

Saya potong dadu bawang dan bell pepper supaya bila digigit tak tertarik keluar dari tortillanya. Semua masuk mulut terus.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *