Kiriman : Diana
Sumber : Zaharah Ahmad
Tarikh : 10 Jun 2005
Bahan-bahan untuk lapisan pertama
140gm beras
450ml santan dari 1/2 biji kelapa parut putih
300gm kelapa parut putih
1 sudu teh garam
3-4 helai daun pandan
Loyang bulat 25cm, disapu rata dengan minyak makan
Bahan-bahan untuk lapisan kedua
8 biji telur
700ml santan dari 1 biji kelapa putih
500gm gula melaka, dihiris
100gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
Bahan-bahan untuk lapisan ketiga
550ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
100 gm tepung beras, dibuat dadih
Cara untuk lapisan pertama
- Beras dicuci bersih, dikisar dengan santan dan gaulkan dengan kelapa parut, garam dan daun pandan.
- Kukus adunan selama 45 minit.
- Setelah masak, alihkan kedalam loyang.
- Tekan dan ratakan adunan, hingga mampat, kukus lagi selama 10 minit.
- Semasa ia panas tuangkan pula lapisan kedua.
Cara untuk lapisan kedua
- Gaul rata semua bahan, kemudian tapis dan tuangkan diatas lapisan pertama. Kukus selama 45 minit.
- Setelah lapisan kedua masak, tuangkan pula diatasnya lapisan ketiga.
Cara membuat dadih
- 100gm tepung beras, digaul rata dengan 100 ml air sejuk.
- Kemudian tuangkan kedalamnya 450ml air panas mendidih.
- Gaul rata dan ketepikan.
Cara membuat lapisan ketiga
- Gaul semua bahan berserta dadih dan tapis. Tuangkan adunan diatas lapisan kedua dan kukus selama 30 minit.