Seri Muka Berlapis Nyonya

Kiriman : Siti Suryani
Tarikh : 22 September 2006

Bahan-Bahan:

Lapisan I:

2 biji telur ayam gred B
100 gm gula pasir
1 sudu makan tepung Hong Kwee
50gm serbuk santan + 2 cawan air (atau 3 cawan santan perahan dari 200 gm kelapa parut)
100 gm tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
secubit garam
½ sudu teh pewarna hijau
2 sudu makan air daun pandan
 * 1 sudu makan tepung gandum untuk taburan

Lapisan II:

300gm beras pulut susu
½ sudu the garam
25 gm serbuk santan + 2 ½ cawan air
1 sudu teh pewarna ungu
 * 1 sudu makan tepung gandum untuk taburan

 Lapisan III:

5 biju telur ayam gred A (saya guna gred B je)
3 cawan santan (1 ½ cawan pati santan + 1 ½ cawan air)
350gm gula pasir (saya kurangkan ke 220 gm kerana tak tahan manis)
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras ( boleh tambah 1 sudu lagi jika mahu adunan keras, di mana saya pun tambah)
1 sudu the tepung Hong Kwee
¼ sudu the serbuk jintan manis
¼ sudu the serbuk kulit kayu manis
5 helai daun pandan
secubit gandum
1 loyang 12” dilenserkan dengan minyak.

Cara menyediakan Seri Muka Berlapis Nyoyna

Lapisan I:

Pukul telur dengan gula sehingga sebati (tak perlu kembang). Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung Hong Kwee dan garam ke dalam santan serta pewarna. Kacau dengan hand whisk. Tapiskan bahan tadi. Kacaukan bahan tadi di atas api sehingga separuh pekat. Sekiranya adunan tersebut menjadi berketul-ketul, padamkan api dan kacau sehingga ia menjadi adunan yg licin (seperti buat lompat tikam). Tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit.

Lapisan II:

Masukkan bahan-bahan Lapisan II ke dalam periuk. Masak di atas api hingga ¾ masak (atau sehingga air mendidih), tutup api dan biarkan bertutup selama 10 minit. Kemudian, titikkan pewarna ungu dan gaul, tak perlu rata warnanya.

Setelah Lapisan I dikukus selama 20 minit dan masak, taburkan 1 sudu makan tepung gandum ke atasnya, kemudian letakkan Lapisan II di atas Lapisan I (sebelum tu, pulut yg telah di masak dicetak (di leperkan) kedalam loyang lain yg sama saiz dgn loyang Lapisan I, barulah di angkat perlahan dan di letakkan ke atas Lapisan I, kalau di letak terus, Lapisan I akan rosak). Kukus lagi selama 25 minit.

Lapisan III:

Campurkan tepung gandum, tepung beras, hong kwee. Pukul telur dan gula sehingga sebati, tak perlu kembang dan campurkan ke dalam adunan tepung2. Masukkan santan bersama2 serbuk kayu manis dan jintan manis, garam dan 2 sudu besar air pandan dan pewarna kemudian tapis.

Tuangkan adunan ke dalam kuali, masak  dan kacau hingga naik wap (nampak macam berbuih2 macam hingus budak (!!!kih!kih!kih!) kat tepi kuali maknanya dah naik wap la tu). Padamkan api.

Angkat Lapisan I Dan II, tabur lagi 1 sudu besar gandum ke atas pulut, kemudian tuangkan Lapisan III. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

**Tudung kukusan hendaklah di tutup dengan kain muslin, supaya air tak jatuh atas kueh**



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *