Seri Muka Durian

Kiriman : Norlida binti Ismail
Sumber : Rossya
Tarikh :     31 Julai 2007

Assalamualaikum,

Ni pun projek hari Ahad. Buat ni sebab utk potluck hari Isnin & husband bawak pergi mengaji. Komen dari org yg rasa semua kata sedap le sangat sampai ada yg nak tempah.

Tapi, ini le 1st kita buat serimuka menjadi dgn jayanya walau pun colour ada kureng sikit. Saya guna resepi kak Rossya.

Bahan-bahan

500g beras pulut di rendam dengan satu sudu kecil air kapur selama 1 jam
1 sudu teh garam
340ml santan cair
daun pandan disimpul

Bilas beras pulut bersih2 dan tos kan. Satukan beras pulut , garam, daun pandan dan santan cair. Kukus hingga masak selama 45 minit. Setelah pulut masak, balik2 kan dengan garfu dan alihkan kedalam sebuah loyang yang telah digeser dengan sedikit minyak. Ratakan pulut dengan sehelai daun pisang supaya padat. Kukus lagi selama 5 minit.

Bahan Serikaya

250g gula pasir
6 biji telur (anggaran 60g setiap satu biji)
60g tepung gandum
10g tepung sago ( boleh ganti ngan tepung jagung)
750ml santan pekat (Boleh gunakan 200ml santan kotak tambahkan 550ml air)
sedikit garam
300gm isi durian

Keluarkan 100ml santan dan kisar bersama isi durian hingga menjadi puree. Telur di pukul bersama gula. Bila gula telah larut, masukkan kedua2 tepung dan garam. Dan masukkan santan sedikit demi sedikit. Tapis. Sesudah ditapis campurkan puree durian dan kacau rata. Boleh juga dicampurkan sekali puree durian kedalam adunan baru ditapis.. tapi hilanglah hampas durian tu nanti. Oh ya.. jangan lupa letak sedikit pewarna kuning. Kemudian dipanaskan hingga naik wap dan siap di tuangkan keatas pulut yang sudah ditanak. Tuangkan adunan serikaya itu keatas nya dan kukus selama 30 minit. Setelah serikaya masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *