Seri Muka Shidah

Seri Muka Shidah

Sumber : Rashidah Abdul Rahman
Tarikh : 1 Ogos 2005
Gambar : Jeni

Bahan A (Lapisan Bawah) 

400 g Pulut
15 oz – 18 oz * Santan cair / 443ml – 532ml
1 st Garam
1 helai daun Pandan 
* Pulut Direndam 1 jam atau semalaman
* lebih kan santan supaya lebih paras daripada pulut  dan pulut akan lebih lembut  

Bahan B (Lapisan Atas)

200 g gula pasir
2 tbs (penuh) tepong jagung
2 tbs (penuh) tepong gandum
25 oz santan / 740 ml
5 biji telor gred B/ 4 biji gred A
1/2 ts vanilla & 1/2 sdt garam
10 helai Daun Pandan diblender sekali dengan santan dan ditapis buang daunnya   

Cara

Bahan A

  1. Masukkan santan, garam & daun pandan kedalam pulut tadi. )2.Kukus dalam loyang 10 ” x 10″ selama 30 minit.3.Bila masak tekan pulut hingga padat

Bahan B

  1. Bancuhkan semua bahan di atas dan tapis.
  2. Masak hingga naik wap.
  3. Curahkan adunan ke atas lapisan A.
  4. Kukus lagi selama 30 – 40 min lagi.

FEEDBACK

Mak Lang Azie – Maklang dah try buat serimuka rasyidah ni. Pada pendapat maklang, sesapa yg lom buat tu, cubalah buat serimuka nih…sedap tau part kepala tuh…

Kalau takut tak menjadi, buatlah half jer dulu..Maklang ni pun buat half adunan jer…oklah, boleh bawak opis, kasi mak skit..Opismate maklang kata sedap

Maklang kalau buat serimuka tu part kepala tu tak suka terlampau masak dan pejal, suka yang lembik2 gitu ala2 goyang mas idayu bukan goyang inul, kalau goyang inul takut tergelincir kepala dengan badan..

Jeni – Saya pun baru cuba resipi seri muka ini. Sukatan lama yang guna oz tu pun saya sudah convertkan kepada ml. Untuk lapisan pulut saya gunakan 450ml santan. Hasil yang saya dapat pulutnya sedap tak keras dan tak lembik sangat. Bahagian kepala seri mukanya memang lembut, tak pejal sangat macam kata Mak Lang Azie boleh goyang-goyang sikit. Lembut tapi tak lembik. Selepas potong di bahagian kepala tu nampak di bahagian bawahnya ada lapisan yang lembik sikit dari atasnya. Saya kukus bahagian atas tu dalam 30 minit. Saya rasa mungkin kalau saya kukuskan lama sikit lagi bahagian kepala tu akan masak sekata. Walaubagaimana pun masih boleh potong cantik seperti dalam gambar tu. Tak comotkan hehe.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *