Singkong Lemak

Ini pun lagi satu resipi kuih talam yang sedap untuk dicuba.

Kiriman : Diana
Sumber : Aini Salim
Tarikh : 10 Jun 2005

Bahan-bahannya

750 gram ubi kayu, diparut dan toskan
400 ml santan dariĀ 1 biji kelapa putih
250 gm gula pasir
7 gm agar-agar powder
1 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna merah dan hijau

Bahan-bahan topping

1000 ml santan pekat dari 1 biji kelapa
50 gm tepung beras
7gm agar-agar powder
1 sudu teh garam

Cara-caranya

Ubi, gula, santan, agar-agar, garam digaul rata.  Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, satu bahagian diwarnakan merah, satu hijau dan bakinya biarkan warna asal.

Dengan menggunakan loyang 9″ x 9″ x 3″ yang telah disapu mentega, tuangkan adunan merah dan kukus selama 10-15 minit.  Tuangkan pula warna putih dan kukus lagi.  Akhir sekali tuangkan warna hijau dan kukus lagi 10-15 minit.  Setelah sejuk tuangkan topping.

Cara menyediakan topping

Masak semua bahan hingga mendidih dan tuangkan keatas kek ubi yang telah dikukus tadi dan sejukkan.Apabila sudah keras, potong dan hidangkan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *