Talam Lapis Daging

Kiriman : Diana A
Sumber : Juriah Abdullah
Tarikh :     21 Jun 2005

Bahan-bahannya

1800 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih
400 gm tepung beras
120 gm tepung kanji
1 butir telur yang kecil
secukup garam
secukup serbuk perasa
2 helai daun limau purut

Bahan untuk dikisar

1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan-bahan untuk intinya

400 gm daging cincang (goreng tanpa minyak hingga kering dan ketepikan)
1 sudu makan rempah kari daging
5 sudu makan minyak
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk dikisar

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 cm halia

Bahan taburan

1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
2 biji lada merah

Cara membuat talam

Telur dikacau rata.  Masukkan sangatan, bahan-bahan kisar, tepung beras, tepung kanji, garam dan serbuk perasa.  Kacau hingga rata dan tapis.  Masukkan daun limau purut dan dimasak atas api yang kecil.  Hendaklah sentiasa dikacau sehingga naik wap.  Kemudian, angkat dan ketepikan.  Keluarkan daun limau purut dan bahagikan adunan kepada tiga bahagian.

Sapukan loyang dengan minyak, tuangkan satu bahagian adunan, lalu kukus hingga masak.  Tabur rata diatasnya satu bahagian daging dan satu bahagian bahan taburan.  Setelah itu tuangkan diatas satu lagi bahagian adunan, lalu dikukus selama 10 minit.  Ulang proses mengukus selapis selapis ini hingga selesai.

Bentuk talam ini mestilah, lapisan bawah sekali ialah adunan tepung, sementara lapisan atas ialah daging dan bahan taburan.  Bila sudah masak, keluarkan talam dari kukusan dan biarkan ia sejuk, supaya cantik bila dipotong.

Peraturan membuat inti

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bahan-bahan kisar dan rempah kari, hingga rata.  Masukkan daging, garam dan serbuk perasa.  Balek-balekkan dan gaul rata hingga kering.  Angkat dan ketepikan, kemudian bagi tiga.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *