Talam Keladi Berlauk

Ada ahli yang telah berikan resipi Talam Keladi (yang pakai keladi di lapisan bawah dan atas bewarna ungu) ini pula resipi Talam Keladi Berlauk yang telah Diana kongsi bersama dulu.

Sumber: Saadiah Ahmad
Kiriman : Diana A
Tarikh : 23 Jun 2005

Bahan-bahannya

160 g tepung beras
300 g keladi
750 ml santan yang sederhana pekatnya
40 g tepung kanji
1/2 sudu teh garam halus
200 g daging cincang, disanggar
3 sudu makan bawang goreng
1/2 cawan hirisan daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan Taburan/Hiasan

Hirisan lada merah dan lada hijau
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara-caranya

  1. Kupas kulit keladi, cuci bersih, rebus sehingga empuk dan dilenyek sampai halus. 
  2. Kemudian gaulkan keladi dengan santan, tepung beras, tepung kanji dan kacau sehingga rata, lalu ditapis. 
  3. Masukkan sedikit garam, daging sanggar, hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. 
  4. Kacau diatas api yang sederhana sehingga adunan menjadi pekat.  Setelah itu tuangkan adunan pekat ini kedalam loyang, ratakan dan kukus sehingga masak. 
  5. Hiaslah dengan bahan taburan. 
  6. Biarkan sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *