Talam Keladi

Kiriman : Marina Haji Abdul Ghani
Tarikh : 21 Jun 2005

Lapisan bawah
300gm keladi dipotong kiub
125 gm gula pasir
1/4 sudu kecil garam
130gm tepung beras
650ml santan cair
pewarna ungu

Caranya:

  1. Kukus keladi sehingga empuk dan campurkan dengan bahan-bahan lain di atas yang telah ditapis terlebih dahulu.
  2. Masak sehingga kental di atas api yang perlahan sehingga kental, Ratakan di dalam loyang berukuran 11″x11″ dan kukus lebih kurang 25-30 minit sehingga masak.
  3. *Kalau hendak lebih sedap lecek separuh daripada keledek .

Lapis atas

4 biji telur gred b
120gm tepung gandum
40gm tepung jagung
1 1/4 sudu kecil garam
100 gm gula pasir
400gm gula melaka (kalau hendak kurang manis kurangkan gulanya)
550gm santan pekat
4 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan kacau hingga sebati dan tapis.
  2. Masak hingga naik wap dengan api yang perlahan.
  3. Tuangkan diatas lapisan bawah tadi dan kukus sehingga masak


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *