Talam Seri Cempedak

Sumber: Hawa Ismail
Kiriman : Diana A.
Tarikh : 29 Jun 2005

Bahan-bahannya

Bahan A

300 gram tepung beras
200 gram isi cempedak
175 gram gula pasir
1100 ml santan cair (100 ml santan kotak + 1,000 ml air)
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh pes cempedak
sedikit warna kuning atau oren (bergantung pada warna cempedak)
sedikit garam

Bahan B

4 biji telur
2 sudu makan penuh tepung gandum
275 ml santan pekat (200ml santan kotak + 75 ml air)
200 gram gula pasir
1 sudu teh pes pandan
sedikit esen pandan
sedikit warna hijau

Bahan C

4 biji telur
2 sudu makan tepung beras
275 ml santan pekat (200 ml santan kotak + 75 ml air)
175 gram gula
1 sudu teh warna merah
sedikit esen rose

Cara-caranya

  1. Isi cempedak dan santan cair dikisar halus dan ditapis. 
  2. Campurkan dengan semua Bahan A.  Gaul rata dan tapis lagi. 
  3. Kacau atas api sehingga berwap dan kukus dalam loyang bulat 13”. 
  4. Satukan semua Bahan B dan gaul rata. 
  5. Tapis dan kacau atas api sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas kuih yang sedang dikukus.  Kukus lagi sehingga masak. 
  6. Satukan semua Bahan C gaul  rata dan tapis. Kacau atas api sehingga berwap.  Tuangkan diatas kuih yang sedang dimasak dalam kukusan.  Kukus lagi sehingga masak.

Panduan

Jika cempedaknya manis, kurangkan sukatan gula.  Kuih ini elok disejukkan dahulu, baru boleh dipotong dan dihidangkan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *