Talam Ubi Kayu

Kiriman : Rose Malik
Sumber : Rozzan
Tarikh : 16 Julai 2007

Bahan- Bahan

Lapisan Bawah

700 gm Ubi kayu yang telah diparut
200 ml air (paip)
* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.

180 ml air
210 gm gula melaka
150 gm gula pasir

* Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

75 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh sebuk vanilla
pewarna cokelat (optional) – jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
100 gm ubi – shredded. (optional)

* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11″x 11″x 2″.

* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang lapisan atas.

Lapisan Atas

1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji
30 gm gula
1 sudu teh garam

  1. Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.
  3. Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *