Paru Berlada

Weekend lepas saya plan nak buat paru berlada ini untuk dimakan bersama nasi lemak. Tetapi setelah siap nasi lemak, saya pun nak kepenatan nak masak paru pulak. Jadi paru ni saya masak sehari selepas masak nasi lemak tu dan makan dengan nasi putih biasa sahaja. Masak lada ni saya selalu buat juga untuk terung berlada dan ayam goreng cili. Sedap masak ladanya sebab ada rasa ikan bilis tu. Enakkk.

Jeni

Sumber & Gambar : Jeni

Bahan-bahan

300 gm paru
10 batang cili merah
2 biji bawang besar
2 keping asam keping
1 kiub ikan bilis / 1 sdb serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak.

Cara

  1. Rebuskan paru selama 45 minit atau sehingga lembut. Angkat dan toskan. Bila sejuk potong kecil dan hiriskan nipis-nipis. Gaul dengan garam kunyit.
  2. Kisar kasar cili merah dan bawang besar. Saya kisar menggunakan food processor.
  3. Tuang minyak ke dalam kuali dan goreng paru tadi. Terpulang nak goreng sampai garing atau tidak. Angkat paru tersebut.
  4. Di dalam minyak yang sama tumis campuran cili merah dan bawang. Kalau minyak gorengan paru tadi banyak sangat boleh ceduk keluar. Masukkan asam keping.
  5. Tumis sehingga campuran cili dan bawang sudah agak kekuningan. Masukkan kiub/serbuk ikan bilis. Kacau sedikit.
  6. Masukkan paru yang sudah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *