Mac & Cheese Dee

Ini lagi satu resipi yang meletup di RNet yang dikongsikan oleh Puteri Dee. Nak buatnya sangat simple. Ia tak macam resipi macaroni bakar yang biasa yang mana kita boleh potong ya. Yang ini kita ceduk makan dengan sudu. Senang nak buat dan enak untuk dimakan.

Sumber : Puteri Dee
Tarikh : 9 Ogos 2005

Bahan-bahan

250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang)
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese diparut
100-200 g fresh milk
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
Tepung gandum 1 sudu besar

Cara membuatnya.

Sos Merah

  1. Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.
  2. Tumiskan kan bawang besar dan bawang putih.
  3. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
  4. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
  5. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap prego ke dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese

  1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
  2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
  4. Kacau sampai semua cheese cair dan sebati. Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.

Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya.

Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheese atas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye)

Siap !

FEEDBACK

Norhidayah Zainal Abidin –  All, I’ve tried this one last night x sempat amik gambar lunch tadik dah abis (member2 ofis abiskan) lg pun x secantik yg k Dee buat pasai cheese x cukup (saya guna apa yg ada dlm fridge je) a/way the responses were good and some even requested buat lagi

I just put tomato sauce (ketchup) dlm 1@2 tbs into the original sauce, plus bit of seasoning and also a dash of blackpepper instead of oregano and bay leaf i used mixed herbs (ada rasa mint sket..hihihi…)

Terima kasih buat k Dee yg bersusah payah bg resepi nih

Fadzlinda Jamaludin –  linda yg buat ni lgla suka bila buat menjadi….

.bukak posa kang nk makan lg.Ada balance lg buat bnyk semalam… hihihi. Memang sedapla kak dee.Mmg nnt lain kali nk buat lg…,takdela susah sgt pun.Lepas ni kalau buat takdela kelam kabut lg mcm semalam.Adik sy kata boleh ler bukak kedai mcm ni….

Roziyati Othman –  Yum…yum…yum…. that was my kids comment. Attached is Mac & Cheese yg I letak dalam mangkuk kecil supaya senang makan. I tak guna macroni ribbon tapi kat rumah ada macroni yg bentuk hurf A,B,C. Apa lagi, my youngest 4 yrs old punyalah suka sambil makan nyanyi A,B,C.

Yong – Last saturday, baru saya berkesempatan tried Mac & Cheese Dee (ketinggalan ketapi betul!). Senang jek nak buat, tak guna banyak bahan macam resepi lasagna yg my hubby selalu buat.  Tapi, rasanya hampir sama.. sedap!!!
Resepi ni memang wajib dicuba!  thanks so much pada dee yg share resepi ni.

Zaitunah Abdul Hamid –  Mac &Cheese sy buat 5.50 pg tadi…. senang banget nak buatnya ….. tp susu segar lupa nak beli sy gantikan dgn 3 camb susu Danny (Danial – anak kecil umur 1 th 10 bln)…. pastu sy tambah 1 camb cili kering kisar & hanya taruk 5 camb tomato puree semasa menumis.  Bukan apa, kalu sy buat spageti tu anak2 & abg syg suka pedas sikit ….. selera melayu la katakan ……  Sy tapau skit  utk Danny mkn kat rmh baby sitter & utk sy sikit nak breakfast  kat office nnti.  Abg Syg mkn sebelum keluar gi keje tadi ….. feedback dr dia ….. balik nnti nak mkn lagi ….. itupun kalu  masih ada berbaki sbb 2 org anak cuti sekolah ni tggl kat rumah …….

Diana A – Semalam untuk 500 gram macaroni Diana gunakan botol prego hak besar 1 botol… so tambah air sikit dalam 1/2 botol tu untuk dapat sos yang lembab2 sikit so bila gaul dengan macaroni dia basah2 sikit yang buat sedap.  Semalam pun tambah letak hirisan cili padi thai dan juga hirisan cendawan butang.  Cili nak pedas sikit supaya rasa tak muak makan laju je macam MRT heheh.. kalau kat kl cam LRT… semalam diana guna macaroni yang macam cylinder tu… sedap bila dah masak dia kembang besar gitu hehehe… ikut citarasa boleh pakai bentuk macaroni macam mana pun okey… selamat mencuba.. jangan lupa snap gambar yeee…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *