
Selepas anak2 buat revision (monthly test this week), dah jam 10.45 malam. Labu dah kukus, kalau di simpan dalam peti sejuk, lagi bertangguh la nanti, jawabnya cik tong la yang kenyang, gagah kan juga nak membuatnya, kacau, kacau, kacau, masuk oven jam 11.15 mlm, siap jam 12.30 mlm. Pagi bangun sahur rasa dulu sepotong. Lembut….
Kiriman & Gambar : Rodziah Haji Abu Helifah
Tarikh : 11 Julai 2007
Bahan-bahan
125 gm butter/majerin
130 gm gula pasir (saya guna 100 gm)
4 biji telur
200 gm tepung gandum
250 ml santan (dr 1/2 biji kelapa)
Labu sebiji sedang besarnya (kukus, henyak2 je kasi hancur sama dia)
Cara
- Kacau gula dgn butter, masukkan telur, masukkan tepung, labu, santan.
- Bakar sampai coklat sikit warnanya.