Kaswi Blackmore

Kaswi Blackmore

Hari tu beli kaswi keras plak..tak sedap…sudahnya intai2 resepi mana kaswi yg best…tertarik di hati nak cuba blackmore punya kaswi…fback memberansangkan jadi terajin plak buatlah kaswi ni malam tadi. – Mak Lang Azie

Kiriman : Mak Lang Azie
Sumber : Blackmore
Tarikh : 5 Julai 2007

Bahan

1 cawan gula
1 ketul besar gula melaka
5 cawan air
1 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (to give u that perfect brown color)
Daun pandan
Loyang yang disapukan ngan sedikit minyak makan

Cara

  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan tadi. Masak hingga gula larut kemudian tapis dan ketepikan. Kemudian masukkan baki 3 cawan air tadi agar campuran ini lekas sejuk.
  2. Bila ianya sejuk masukkan tepung-tepung tadi dan kacau rata. Masukkan air kapur dan chocolate paste dan kacau rata. Kemudian tapiskan adunan ini. Kalau ada ketulan-ketulan tepung ditapis. Korang pandai2lah larutkan ianya…heh.
  3. Bila dah tapis tanakkan sebentar mixture nie dengan api perlahan selama 5 minit jer dah ok. Mesti kacau selalu campuran ini kemudian masukkan dalam loyang dan kukus for 45 minits. Setelah ianya masak, permukaan kuih nie selalunya lembab sedikit apabila ia panas, ambil kertas kitchen roll dan just gently dab dry permukaan kuih ni. Biarkan ianya sejuk sebelom memotongnya menggunakan pisau plastic.
  4. Kalau korang pakai acuan yang kecil2 tu, lapkan acuan nie ngan minyak dan biarkan dalam kukusan for few minits. Kemudian tuang campuran ke dalam bekas itu. Kukus for about 10 minits.

FEEDBACK

Maklang – 1st emulco pun dah memadai. Takde terasa sangat emulco tuh kat kuih. Ada orang letak kicap dlm kaswi. Ok gaklah sapa nak try buh kicap tuh hehe.  Walaupun masuk fridge, kaswi ni maintain lembutnya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *