Donut Suria

Sumber : Suria Insani
Tarikh : 2005

Bahan A

3 cawan tepung
3 tbsp tepung susu – guna yg dijual kat kedai bakery, as advised by sifu
3 tbsp shortening
3 tbsp gula pasir halus – saya biasa guna gula kaster

Bahan B

200 ml air suam*
2 tsp instant yeast* – Kalau nak guna Mauri-pan, tak boleh perap lebih dr 1/2 jam – takut liat. Tak gitu, sifu???
20 ml air – sbg tambahan jika perlu sahaja

Cara menyediakannya:

  1. Bancuh bahan B*, masukkan ke dalam bahan A.
  2. Masukkan air tambahan.
  3. Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat-bulat, letak cheddar cheese di tengah-tengahnya. (utk 1 cawan tepung, saya dapat 8 donut & saya guna sliced cheddar cheese; 1 keping bahagikan pada 4 @ 6 @ 8 bahagian – ikut sukalah ye..).
  4. Perap (selama lebih kurang ½ jam) then boleh goreng dengan api sederhana.

Nota:

  1. Sekarang ni, saya serahkan bab menguli kat bread maker.. senang sangat!
  2. Untuk cheese donut, coat dengan gula halus dah memadai.. Yang plain donut bolehlah coat dengan choc macam sifu kita buat tu.. Coat dengan gula halus pun ok jugak.. gaul bahan A hingga rata. Ketepikan.

Biarkan sejuk, coat dengan gula halus & hidangkan.

FEEDBACK

Norhayati Mokhtar – Belek punya belek resepi Donut Sifu smlm,pagi tadi nekad Yat buat donut tu..lepas subuh jer dlm kul 6.30 pagi terus Yat uli donut (pakai  tangan lagik…)lepas tu terus buat bulat-bulat malas plak nak buat yang berlubang kat tengah tu…he..he..sebab anak Yat suka makan donut bulat-bulat cam kat Jusco tu…senang… perap kejap jer dlm 1/2 jam lepas tu terus goreng…sedap sungguh…lembut jer..sukatan air yang Suria bagi tu 200ml memang ngam-ngam..tak payah pakai air tambahan tu lagik…yis plak Yat pakai brand apa tah lupa ler plak..sebab masa nak beli yis mauripan kat kedai ari tu dia dah mcm keras..so tak mau ler amik risiko…kang bantat plak donut aku ni….masa nak buat pagi tadi susu takder…apalagi Yat bubuh jer la apa yang ada..Yat bubuh instant custard (serbuk…) wakakaka…but rasa not bad ler..ok gak…sedap….. Lepas goreng terus golekkan dia dlm  gula kastor & celup dlm coklat cair…(ni hubby ler rajin tlg gi cairkan coklat dlm microwave ….) siap anak bawak gi sekolah bawak bekal..& Yat bawak gi opis ari ni…still lembut lagik.. Thanks Sifu Suria sebab ikhlas berkongsi resepi yang best ni..

Qual-eng@asemal –  Thanks kepada kak su….coz donut ni sedap sesangat. Sabtu lepas anie dah try buat setengah adunan je,anie buat kecik2 lepas tu letak topping coklat..,memang menjadik…emmm sedap.. Anak2 sapu bersih hinggakan suruh buat lagi. Mungkin next week  anie buat lagi sebab sekarang anak2 tak de,diaorang balik kampung. Sejak kebelakangan nisuka sangat cuba resepi sebab setiap kali cuba menjadi. 2 minggu lepas try kek kukus yang boleh dibakar tu pun menjadi gak. Tu yang seronok tu…

Zaitunah Abdul Hamid –  Saya nak angkat tgn,  sy pun try resipi cheese donut sifu Suria ptg Sabtu lalu…. 1 adunan spt resipi dpt 14 biji (6 donut biasa & 8 cheese donut) sbb abg syg kita x gemar cheese.  Hasilnya, angkat 4 ibu jari (termasuk 2 ibu jari kaki)…. fuyyooo.  Anak2 sukakan cheese donut.  X sampai ke mlm, dah habis…..  Sy gunakan yis mauripan, nampaknya xde masalah.  Oleh kerana tepung susu xde, sy gantikan susu tepung Anlene, pun xde masalah…. elok jadinya donut tu, kembang  & gebu gitu …..  Mmg betul, mula2 tu adunan lekat di tgn, dlm hati dah gabra … tp  tenang dulu sbb dlm feedback kata air 200ml  ngam2 utk 1 adunan, sy pun biarkan sekejap …. pastu bila  uli balik just nice dibentuk jadi ball….. so, dlm hati dah tersemat, resipi donut yg lain2 tu nak masuk bakul sampah je…. resipi donut sifu suria boleh letak dlm top list ……

Azian –  Donut… sedapnya… azian buat comel2 gitu sebab acuan yang medium tak tau kat ner.. jenuh gaks la nak menerap… gebu macam kat kedai! anak azian makan non-stop especially time panas suam, sebiji2 masuk mulut.. sampai terpaksa asingkan setengah takut mama dan ayah dia tak sempat makan… bila dah sejuk pun still lembut juga… dok terbayang kalau dapat celup dalam coklat ni.. sedap nyer……

Rosenas –  Kak su setakat dah 2 kali saya buat donut naik gebu giler…….cantik pulak tu tapi kan kenapa selalu masa saya angkat dari tray nak masuk kuali dia mcm kempis keluar angin. Adakah kerana tepung saya u tak cukup uli atau terlebih perap.Saya uli dgn tangan je. tapi dough ni naik 2 kali ganda. Tolong sat…………

Roziyati –  Itu kira dah terlebih perap. Kalau ikut resipi Suria, adunannya x perlu diperap. tapi kalau perap pun tak lama tak lebih setengah jam.Boleh terus goring.

Rafidah Junid –  Malam tadi for dinner i guna resipi donut kak Suria untuk pizza base.. lembut / gebu.. sori tak snap gambo last nite coz lupa.. ni ada belen 4 slice bawak ofis for lunch baru teringat nak snap… base tu masih lembut lagi.. hmmm nyam, nyam.. tengah mengunyah nih… i rekomen sesangat pada yg suka buat pizza guna resipi donut ni.. untuk 2 keping pizza saiz 9 inci, i guna 2 cwn tepung from the original resipi.. nak buat pun cepat.. uli2 5 minit terus tepek kat pizza pan.. sementara tunggu 1/2 jam, boleh sediakan bahan2 topping… senang & sedap!

Mak Lang Azie –  Semalam maklang sempatlah buat donut suria ni.Maklang letak coklat dan taburkan sikit coklat manik sebagai hiasan.Anak2 maklang suka sangat. Komen : donut ni lembut tapi dalam resipi ni memang takder letak garam ke…rasa tawar sikit.Nxt time maklang buat nak letak secoet garam supaya ada rasa. Thks to suria…

Zairah – zairah pun dah cuba donut kak su ni kali ke-2, sejak ada bread maker ni rajin ler sikit zairah nak buat. yang pertama zairah ikut sukatan sebijik, zairah dapati adunan ni terlembik sikit, mungkin sebab bread maker ni kuat menguli, nak buat btk ring tak boleh so zairah buat btk bulat, tabur gula caster,pastu cucuk kat lidi satay. petang tu juga licin di kerjakan oleh anak-anak. Pagi ni zairah buat lagi ,so zairah kurang kan suku sukatan air. dan hasilnya perfect jadi . yang ni zairah buh inti jem nenas. rasanya memang lembut n gebu.Tq kak su kerana berkongsi resepi. Suzana , zairah pun try letak ising sugar pagi tadi ,memang tak cantik cam taruh gula caster. mungkin sifu-sifu tau camner nak coat donat guna ising sugar.

Anis Adlina – coat dengan icing sugar memang takkan memancar2 macam dengan gula castor sebab icing sugar tu kan macam tepung je rupa dia. kalau saya, saya suka campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis….sukatan ikut citarasa  memasinglah nak kuat rempah ke tak….then,golek2kan donut macam biasa. ada gak yang buat glaze guna gula aising ni.  cara lebih-kurang nak buat is campurkan 2 – 3 titik air atau susu UHT ke dalam 3/4 cawan gula aising.  memang kalau tengok macam tak logik je air sikit sangat berbanding gula.  tapi, don’t be khuatir….terus je mengacau & insyaallah, gula tu akan mencair & jadi macam glaze yang pekat.  kalau nak tambah kaler-maler pun boleh gak.  bila dah siap glaze tu, bolehlah curah atas donut.  jadilah rupa macam dunkin donut yang taruh glaze tu. apa2pun, air atau susu tu jangan banyak sangat….nanti glazenya cair & menyerap masuk ke dalam donut…dah jadi ala2 kuih keria pulak.

Jeni –  semalam Jeni buat Donut Suria ni. Sebab anak kena bawak bekal ke sekolah so Jeni pun buat banyak2 dan frozenkan. Donut ni memang gebu dan lembut gila. Nasib baik tak gila lepas makan. Jeni buat donut biasa dan satu donut inti cheese. Yang inti cheese tu memang sodap ! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *