
Hari ni saya buat lempeng awal-awal pagi lagi sebab sekolah anak-anak akan start online class pukul 9 pagi setelah 1 minggu sekolah tutup. Kuah saya guna lauk ayam masala semalam yang masih berbaki lagi. Lempeng ini lembut ala-ala crepe. Sesuai sangat dimakan dengan kuah-kuah kari, sambal bilis dan ada juga yang suka cicah kuah asam pedas. Nak buat pun senang. Saya selalu ingat formula dia 3-2-1.
Sumber : Jeni
Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan tepung
1 biji telur
1/2 sdt garam
Sedikit minyak
Cara
- Masukkan kesemuanya dalam blender dan blend kesemuanya sekali.
- Untuk membuat lempeng bercorak, simpan sedikit adunan untuk diletak pewarna. Letakkan ke dalam botol sos yang berlubang satu.
- Tuangkan adunan ke atas frying pan yang telah dipanaskan. Lenggangkan untuk membentuk bulat.
- Untuk membuat corak, lukiskan di atas lempeng tadi sebaik sahaja ia adunan tadi dilenggangkan.
- Setelah adunan kering angkat dan lipat atau gulungkan.

