Pasta Bake Ayam Kepci

Semalam hari membeli barang-barang dapur setelah 2 minggu tak keluar. Selepas habis memborang umminya dah tak larat nak masak. Pagi sebelumnya dah goreng nasi. Nasi goreng pun dah nak habis. Jadi saya mengoffer anak untuk order take-out sahaja. Memandangkan kalau KFC semua anak-anak boleh makan, saya membeli kfc sahaja. Bila dah sampai malam ada 3 ketul lagi ayam goreng KFC bahagian dada yang tak habis. Saya masukkan dalam peti ais dan hari ini keluarkan semula untuk digunakan semula. 

Pagi ini saya keluarkan ayam dan siat-siat kepada kepingan kecil. Dan kemudian rebus spaghetti sebungkus. Err .. tengok jelah resipi di bawah ya. Saya tak sukat betul-betul bahan-bahannya. Yang di bawah ni saya agak-agak lebih kurang sahaja. Kalau perlu sila adjust ikut citarasa masing-masing.

Sumber : Jeni

Bahan-bahan

1 peket spaghetti direbus jangan terlalu lembik
Lebihan ayam KFC atau ayam panggang pun boleh
1 biji bawang holland dipotong dadu1 paket cendawan shiitake dihiris (lebih pun tak apa)300-400 ml susu segar
3 sdb mentega3 sdb tepung
Serbuk kasar lada hitam secukup rasa1 sdb serbuk stok ayamGaram secukup rasa
200 gm shredded mozarella (kalau lagi best)Keju parmesan 

Cara Membuat

  1. Siat lebihan ayam KFC.
  2. Rebus spaghetti tetapi jangan sehingga lembik. 
  3. Di dalam kuali, masukkan mentega dan tumis bawang holland dan kemudian masukkan hirisan cendawan tadi.
  4. Selepas nampak agak layu masukkan tepung dan kacau rata.
  5. Masukkan pula ayam dan gaul rata.
  6. Masukkan susu dan diikuti dengan lada hitam, serbuk ayam dan garam secukup rasa.
  7. Kacau hingga agak likat.
  8. Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
  9. Gaul sehingga sebati semuanya dan matikan api.
  10. Masukkan spaghetti ke dalam bekas untuk dibakar.
  11. Taburkan mozarella dan keju parmesan.
  12. Bakar dengan menggunakan api atas sahaja dengan suhu 180 Celcius sehingga agak keperangan. 
  13. Siap untuk dimakan.

Tips

  1. Boleh juga campurkan sedikit keju cheddar atau parmesan di dalam campuran susu tadi. Lebih sedap.
  2. Jangan terlalu lama sangat menggaul campuran susu ini dengan pasta nanti takut terlembik pula pasta tu.
  3. Saya membahagikan pasta ni kepada beberapa bekas kecil kerana satu hidangan dapat agak banyak. Jadi saya siap-siap tabur keju di atasnya. Bila nak makan baru saya bakar supaya cheese dia atas dapat dimakan ketika panas-panas dan dapat effect tali temali cheese tu (suka hati punya bahasa :D)
  4. Bekas-bekas ini boleh juga difrozenkan kalau banyak sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *