Apam Balik

Apam Balik

Hari sabtu lepas saya cuba resepi apam balik dr kak noorma musa : http://www.noorma.tk/  Tak sangka lak saya leh buat apam balik sendiri…hehhe…syok la buat apam balik nie sebab jadik cantik dan sedapppp.  cuba la ekk…mudah je…satu adunan leh dpt 4 biji apam balik.

APAM BALIK

Kiriman : LindaZA
Sumber: NoorMasri
Tarikh : 9 September 2005

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin – untuk ditabur
1 tin jagung krim – untuk ditabur
1 cawan gula – untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
  2. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
  3. Panaskan pan ‘non stik’ tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

FEEDBACK

Norehan Yaacob – akak nak bagi tau semalam percubaan membuat apam balik dah berjaya…yahoooo makan sungguh2 lah cik abang kita cuma dia komen sikit sangat akak isi kacang ngan jagung…..anyway semuanya sodaaapppp….terima kasih linda dan penyumbang resepi ni….

LynnSham – Ni favourite Sham. Lepas baca feedback LindaZA, saya teruja betul nak cuba.. Alhamdulillah, berjaya & menjadi.. cuma, bagi saya bau telur tu agak kuat. Next time mungkin boleh tambahkan sedikit esen vanila untuk hilangkan bau telur. Saya lebihkan bahan taburan (biasa beli kat pasar malam, memang minta special ie. lebih bahan taburan). Saya memang tak berapa suka apam balik jenis tebal ni tapi Sham kata sedap.. Semalam saya cuba juga buat sekeping yang nipis & garing.. yang tu baru sedap kat saya..

Anis Adlina – ada saya pernah baca dalam majalah mana ntah….utk apam balik, si tauke apam balik ni tak guna esen vanilla.  sebaliknya, dia guna esen pisang. tak taulah samada sedap ke tidak sebab saya belum pernah cuba.  cuma, saya terfikkir kalau majalah tu pilih nak tonjolkan dia & resipi dia, mesti sebab apam balik yang dia jual tu sedap.

Ameerah – LInda, i dah buat apam balik last weekend. ok sedap. tapikan fresh milk tu i ganti dgn full cream. adunan tu mmg pekat ke. i tak boh masuk pun esen vanila. bau telur pun tak da. since adunan tu pekat i tambah dlm 2 senduk susu kedlm adunan. baru la i boleh tuang ke dlm pan dan lengangkan pan tu utk dapatkan kulit tepi yg nipis dan ranggup. anak i tak percaya yg i masak apam balik ni. mmg marvelous.

LindaZA – tahniah ameerah…dah berjaya wat apam balik.  ooo amerah buat yg nipis tu ekk? mmg adunan nie pekat sbb dia tak perlu lenggang kat dlm pan kita guna je senduk mcm yg org pasar mlm buat tu…dgn senduk tu la kita ratakan..tak kisah ler cemana ameerah janji sodap…heheh

Leen Omar – Weyyy…. citer psl apam balik baru teringat last saturday pun kt wat apam balik aaa…. kt buat 2 adunan lagi linda… cuma malangnya… tak sempat nak snap gambar punnn…. hero2 kt kat umah tu mmg berhantu dpt apam balik.. diorg celik mata pukul 7:00 tu tengok apambalik kat atas meja kemain lebar senyum… :)) dan2 tu gak gi gosok gigi tak pyh nak suruh lagi… si abang pulak tanya… ibu buat sendiri kee.. bestnyaa.. sentil kat dlm tu pun kt bubuh lebih2… perghhh…. mmg sodaaaaaappp ahh… buleh tutup org bisnis kat psr malam tuu… ahaks…kt rasa x pulak berbau teloq tuu… tak tau la klu deria rasa kt nie x cukup sentitip kott…. :-))

Norazie – Betul tu Leen..memang sodapppp…i pun dah lama buat sejak dpt resepi kat RN ni last year lagi…sampai mentua tak caya kita buat…pastu dia pulak buat kat kg nun..he.he…i blend jek pakai blender lada kat umah tuh…he..he..memang tak de ler bau telur…i letak vanilla sikit..lagi wangi…kalau org dok jual tuh letak vanillin..

Norehan Yaacob – sori laaa nak nyampuk skett….ya lah lynn & linda, akak dah 2x buat apam balik ni alhamudulillah tak de lak bau telur tu .. 2nd time buat masa kat kg baru ni, mak ngan abah akak suka sangat walhal mak akak ni cerewet sket bab makan ni tapi apam balik ni dia suka sangat dan yg pastinya apam balik ni still lembut gi sampai pagi esoknya (buat utk minum ptg, yg tak abis tu biasalah org tua syg nak buang so dia simpan until the next morning)……. akak rasa lah maybe sbb akak buang pusat telur tu kot yg buat ianya tak berbau telur…ok ke linda …..

Puteri Dee – Baru sat tadi Dee cuba buat resipi apam balik.  Mula2 buat melekat tahap gam gajah kat pan non stick yg tak de brand.  Pas tu Dee tukar pakai pan non stick brand mayer plak, haa……kali ni tak melekat….amboi…resipi ni pun nak hak branded aje, hehehehehe.  Tapi kan garing dia cam tak cantik, pucat lesi.  Dee pun cuba boh butter skit kan pan tu, baru nampak cantik skit garing nya tu, tapi tak sekata macam kat kedai lah.  Walau bagaimana pun rasanya tetap world……….  eish, eish, eish…… suami ku pun dah mengong2, sampai resipi apam balik pun boleh belajar katanya, hahahahaha.  Kagum dia!!!!!  Dee buat style yh nipis tu, makan panas2 dan garing2, krup krap krup krap gitu.  Best ah……………..

Ujen – cantik sungguh apam baliknye…kulit dia sejibik macam kaler kat pasar2 malam tuh..saya pun terkejut bleh jadik amcam tuh… rasa dia mmg le kelas..gebuuuu….buat tu sebab mak mentua nak datang rumah…dia gi kursus umrah..bawak member sekali..kena puji sakan..kekekekek..kembang kempis idung..padahal baru first time buat…..Mula2 gabra jugak sebab mak cakap kalu kat kg tu diorang buat tak pakai telur…risau sungguh hanyir…tapi bila mak test ..mak kata SEDAP..takde bau telur

Anis Adlina – kita pun bebaru ni try gak buat apam balik….sedap memang sedap, tapi, mula tu agak pekat adunannya….so, bila tuang kat pan, cam tak cantik je.what i did, tambah air siiikiiit je (dalam 1 1/2 sudu makan je).  then, alhamdulillah, adunannya lebih mudah nak ratakan dalam kuali tu.  rupa dia pun cantik…macam yang buat jual.  memang tak yah tambah minyak/mentega kat kuali tu….tapi, kuali kena guna yang non-stick punya.
lagi satu variasi utk apam balik versi tebal….stail dolu2….gantikan jagung dengan kelapa parut putih.  kelapa parut tu goreng tanpa minyak sehingga kekuningan sikit (jangan sampai perang, nanti hilang rasa lemak dia).  cik abg syg yang minta kita buat gini. bila saya makan yang inti kelapa ni, terus tak pandang dah pada yang inti jagung….memang sedap banget!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *