Ini dia resipi Kuih Lapis Merah yang saya cuba semalam. Resipinya senang sekali. Semuanya blend sahaja, bahagikan kepada 2 warna dan kemudian lapis. Saya kukus menggunakan pengukus elektrik. Pada lapisan terakhir saya tak perasan air dah kering. Jadi permukaan tak berapa cantik dan licin.😅
Dalam resipi tidak dinyatakan loyang ukuran berapa yang perlu digunakan. Jadi semalam saya agak-agak sahaja.
Masa yang diperlukan untuk mengukus setiap lapisan juga berbeza ikut ketebalan lapisan. Jadi boleh refer tips yang ada dalam resipi. Mungkin boleh mula check pada 5 minit yang pertama dan kemudian test samada lapisan sudah mengeras elok. Kalau belum boleh tambahkan masa lagi.
Selamat mencuba. – Jeni
KUEH LAPIS MERAH
Kiriman : Mak Lang Azie
Sumber : Kak Hanieliza
Tarikh : 30 November 2005
Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam
pewarna merah
Cara:
- Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
- Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
- Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
- Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
- Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
TIPS
- untuk test sama ada setiap lapisan sudah mengeras dengan elok, letakkan belakang sudu di atas lapisan tersebut. Kalau tak melekat ertinya boleh tuang lapisan yang seterusnya.
- untuk mendapatkan lapisan atas/terakhir yang cantik dan tidak menggerutu, tambahkan air sejuk ke dalam air rebusan yang sedia ada. – Julia
- anggaran saiz loyang adalah 7 x 7 inci.
- boleh cuba sukat setiap lapisan sebanyak 1/2 cawan metrik adunan. Kalau terlalu nipis boleh tambah lagi.
FEEDBACK
Mak Lang Azie – Malam tadi maklang buat lagi kuih lapis ni atas permintaan anak2.Bila anak2 suka makan maklang ambik secoet utk merasa jangan tidak kata orang. Rasa manis dan lemak yg buat anak2 suka tu.Kuih lapis ni kalau maklang buat kaler hijau tak berapa jalan tapi kaler merah sekejap aje dah licin…pd hal rasa sama jer..issshhhh bebudak ni macam2 hal…
LynnSham – Saya pun dah beberapa kali buat Kuih Lapis Merah Kak Liza ni. Alhamdulillah, memang menjadi & sedap! Tapi masa tu belum join RN lagi. So feedback hantar kat MTM je la. Bab kuih muih tradisional ni, memang saya fail sebab tak reti nak agak kepekatannya. Saya berani mencuba resipi Kak Liza ni sebab tiap bahan ada sukatannya. Saya dah pun cuba beberapa resipi Kak Liza yang lain sebelum ni. Terima kasih ya Kak Liza!! Allah swt sahaja yg mampu membalas budi Kak Liza..
Hasnee – Maklang, kak nak tanya lah, 4 cawan santan ni from 1 biji kelapa ka? guna santan kara@ harmuni boleh tak?
Mak Lang Azie – maklang guna santan kotak (harmoni)jer kakhasnee..low cholestrol (yg sebenornya maleh nak perah kelapa) hihii…kdg2 cair sangat takut kuih tak menjadi so maklang prefer santan instant ni..senang kije..
Hasnee – Maklang, kak tanya lagi nih.. guna santan kotak 210ml tu ya? campur2 air dptkan 4 cawan, gitu ker.. kalo 1 kotak tu = santan frm 2 biji kelapa. Cantik & berkilat. Terlioq aku..
LindaZA – Hasnee, biasa linda guna santan kotak je kalau nak wat kuih…senang banget dong curah ajer…hehhe…selalu 1 kotak tu hang tambah la ayaq ikut pekat mana hang nak…kalau nak kuih yg lemak berkrim dah berkolesterol hang tambah sikit je air…hihihi
Mak Lang Azie – betui kata linda-dcm tu kak hasnee…maklang buat gitu gak.Senang jer buat kuih ni kak…ikut step by step apa yg kakliza tulis tu..santan jangan terlalu cair sbb 1st time maklang buat dulu hasilnya hancusss..kuih jadi lembik sememeh.
LindaPTP – Mlm tadi linda buat kuih lapis merah dari Kak Liza. Rasanya mmg sedap sekali.. lagi sedap kalau kuih yang linda buat mlm tadi betul2 menjadi dan secantik macam kak liza and mak lang buat…
Linda nak tanya, kenapa lapis putih linda tu menjadi colour merah jugak? Adakah kerana kecairan adunan linda tu atau pun setiap lapisan tu belum betul2 masak, linda dah curah adunan yg berwarna merah??
Walau apa2 pun, kuih lapis kak liza ni mmg WOOOOOOOOORRLLLD…!!!
Kak Liza, please respond ye. Lupa nak bagitau, adunan tu linda gunakan tepung castard sbb tepung jagung tak der n dlm resepi tu boleh guna samada tepung jagung atau tepung kastad. Cuma lapisan putih tu jadi kuning..
Kak Hanieliza – Walaikumusalam Linda…Pertamanya kak liza ucapkan terimakasih kerna mencuba resepi kak liza.. Kalau gunakan tepung kastad memang adunan putih akan menjadi kuning kerana tepung kastad kan memang dah warna kuning..tapi yg penting sedap dan menjadik…ada biasa jugak orng lapiskan kuning dan merah…. mengenai lapisan puith/kuning tu menjadi emrah kerana warna merah tu luntur dan menjadi lapisan merah pada lapisan putih/kuning tu..dia kan mengena pada permukaan bawah dan atas..ni bermakna lapisan putih /kuning akan bertambah nipis…so nampak macam lapisn merah tu menbal dari sepatutnya.. kemungkinan juga lapisan putih/kuning tu tak berapa keras/masak lagi tetapi dah dilapiskan dengan lapisan merah..
Sazira – emm, mlm tadi my 1st try buat kuih lapis merah k.liza ni..sedap..lemak berkrim..apa tak nya 1/2 kg santan pekat saya guna (santan kotak MS 500gram)..tapi kuih ni betul2 buat saya sabar mcm buat kek lapis gak..nak kena letak sesenduk2..alahai lambat tul nak abis.. anyway..berebut2 anak2 & hsbn nak try kuih ni..sampai terpaksa letak dalam dulang isi air sejuk+ais ketul..nak bg cepat sejuk…hilang penat saya tgk diorg mkn.. pagi ni bwk skit utk member2 opis..diorg pun kata “ni kalau buat jual ni, sure cepat abis sbb lemak tu”…
TQ k.liza & RN..