Kroket Kentang Berkeju

Ini resipi untuk Kroket Kentang Berkeju semalam. Tak ada exact sukatan. Takpe kudapan yang macam ni boleh agak-agak sahaja. Nak letak bahan extra atau nak tukar bahan pun boleh. Semalam anak saya makan kroket ni cicah sos tomato. Sedap juga. Lainkali boleh buat untuk frozen pulak. Bila nak makan boleh gorenglah sendiri. Mak dah nak rehat.

Kroket Kentang Berkeju

Sumber : Jeni

Bahan-bahan
Kentang

Bawang holland dipotong dadu kecil-kecil

Daging cincang (tidak perlu banyak, kentang harus lebih banyak dari daging)
Serbuk lada hitam
Garam

Keju yang disukai (saya beli keju yang dah ready shape segitiga)
Tepung (saya gunakan tepung readymade ayam goreng crispy)
Serbuk roti / breadcrumbs
Telur

Minyak untuk menggoreng

Cara

  1. Rebus kentang sehingga empuk.
  2. Setelah empuk lenyekkan dan letak garam serta serbuk lada hitam secukup rasa.
  3. Tumiskan bawang dan diikuti dengan daging cincang. Setelah masak tapiskan untuk membuang minyak-minyak yang berlebihan.
  4. Satukan kentang yang telah dilenyek dengan daging. 
  5. Rasakan garam.
  6. Ambil sedikit campuran kentang tadi dan letakkan keju ditengah-tengah.
  7. Tutupkan keju itu. Biarkan lapisan kentang tu tebal sikit.
  8. Celupkan kentang ke dalam telur.
  9. Celupkan pula ke dalam tepung.
  10. Celup sekali lagi ke dalam telur.
  11. Akhir sekali gulingkan ke dalam breadcrumbs.
  12. Gorengkan di dalam minyak dengan api sederhana.
Keju dan campuran kentang
Bentukkan campuran kentang dan daging kisar
Letakkan keju di tengah-tengah
Tutupkan keju
Celupkan ke dalam telur
Celupkan ke dalam tepung
Celupkan ke dalam telur semula
Akhir sekali celupkan ke dalam breadcrumbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *