Brioche & Ayam BBQ

Hari ni anak saya terasa nak baking sesuatu. Dia lihat dalam peti ais ada baki buttermilk yang digunakan semasa buat Cinnamon Roll Bun hari tu. Jadi dia pun mulalah berjalan-jalan di pinterest dan terjumpa resipi ini.

Resipinya sangat mudah. Tak perlu uli sampai elastik dan tidak perlu tunggu lama untuk rotinya naik. Bun yang terhasil sesuai untuk dimakan ala-ala burger. Bagi saya rasanya sedap sebab menggunakan bahan buttermilk dan butter tu menghasilkan bun yang lemak-lemak rasanya. Sedap dari bun burger biasa. Dari segi teksturnya nampak padat dan berat sikit dari bun burger biasa. Nanti saya nak cuba buat lagi menggunakan resipi yang lain sikit. Nanti saya update lagi ya.

Buttermilk Brioche

Kiriman : Jeni
Sumber : Thecafesucrefarine.com

Bahan-bahan
2 biji telur L
3 1/4 cawan tepung gandum
1 peket / 11 gm yis 
1 1/2 sdt garam
3 sdb gula
1/3 cawan mentega
1 1/4 cawan buttermilk (boleh sahaja ganti dengan heavy cream)
1 sdt air

Cara 

  1. Panaskan oven kepada 200 Celcius.
  2. Masukkan 2 cawan tepung, gula, yis dan garam ke dalam mangkuk mixer. Garam jangan bagi duduk sebelah garam ya. Gaul dengan menggunakan hook mixer itu.
  3. Masukkan mentega dan buttermilk ke dalam bekas dan panaskan di dalam microwave atau di atas dapur. Campuran harus rasa kepanasan yang suam-suam.
  4. Masukkan campuran mentega tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1 biji telur dan baki 1 1/4 cawan tepung tadi sedikit-sedikit sehingga tiada doh yang melekat pada dinding mangkuk mixer.
  6. Alihkan doh ke atas permukaan untuk diuli. Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
  7. Uli dan bentukkan setiap bahagian doh tadi dengan teknik rounding doh.
  8. Letakkan doh ke atas loyang pembakar dengan jarak lebih kurang 2 inci antara satu sama lain.
  9. Tutup doh dengan kain dan biarkan ia naik lebih kurang 15 minit.
  10. Dalam mangkuk lain campurkan 1 biji telur lagi dengan air. Gaulkan sebati.
  11. Sapukan campuran ini ke atas doh tadi.
  12. Bakar dalam oven selama 12 – 15 minit atau sehingga bun menjadi warna keemasan.

Disebabkan anak saya merancang untuk buat bun brioche hari ini, saya pun sama-sama bersiar-siar di laman pinterest untuk mencari idea dan padankan dengan bahan apa yang ada dirumah.  Maka saya terjumpa resipi ini. Nampak macam senang nak buat. Resipi asal menggunakan cara slow cooking tetapi saya menggunakan instant pot (macam noxxa tu).

Ayam BBQ

Sumber : Blog Fit Foodie Finds

Bahan Rub Ayam

1 sdt serbuk cili
1 sdt serbuk garlic
1/8 sdt paprika
1 sdt italian seasoning
1/8 sdt garam
1/8 sdt lada hitam

Sos BBQ

Cara

  1. Gaulkan campuran di atas pada 2 keping dada ayam tanpa tulang.
  2. Masukkan ke dalam instant pot tadi. Letakkan sos BBQ secukup rasa ke atas ayam yang telah digaul dengan rempah tadi.
  3. Disebabkan instant pot saya tiada option slow cook, saya menggunakan option soup dan meletakkan sedikit air (sikit sahaja) dan memasaknya selama lebih kurang 25 minit. Sekiranya tiada instant pot boleh sahaja rebus ayam itu sehingga empuk dan pastikan air rebusan itu kering.
  4. Setelah masak, siat-siatkan ayam tadi.
  5. Masukkan lagi sos BBQ secukup rasa.

Saya padankan masakan ayam ini dengan bun brioche tadi. Saya juga buat salad ala-ala coleslaw seperti di bawah.

Homemade Slaw

Bahan

Dihiris nipis memanjang
Kobis
Carrot
Bawang besar
Lemon
Garam secukup rasa

Cara

  1. Campurkan kesemuanya dan rasakan perahan lemon dan garam.

Cara Menghidang

  1. Belahkan bun brioche kepada 2.
  2. Letakkan Homemade Slaw di atas bun bawah.
  3. Kemudian letakkan ayam BBQ di atas homemade slaw itu.
  4. Letakkan sedikit sauce BBQ.
  5. Tutup dengan bun atas.
  6. Siap untuk dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *