Murtabak Perantau

Murtabak Perantau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
mengenangkan ramadan ini tiada Bazaar Ramadan maka semalam saya mencuba lagi resipi yang dah lama tak buat. Resipi murtabak perantau. Resipi yang senang dan cepat untuk dibuat. Intinya kita boleh buat in advance dan frozenkan. Jadi bila nak makan boleh terus defrostkan inti, campurkan dengan telur, tambah garam sikit dan terus buat murtabaknya. Saiz murtabak ini kecil-kecil jadi senang nak makan. Tak perlu dipotong-potong lagi. Seorang boleh makan beberapa keping murtabak perantau ini.

Mari kita tengok macamana nak buat.

MURTABAK PERANTAU

Sumber: NoorMasri
Tarikh : 12 September 2005

anggaran 12 keping murtabak

Bahan-bahan

12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam dicincang

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
1 cm halia
2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar dipotong dadu
500 g kentang dipotong dadu

1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)minyak untuk memasak

Cara membuat inti

  1. Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  2. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing.
  4. Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
  6. Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
  7. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak

  1. Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
  2. Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
  3. Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
  4. Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
  5. Ulang proses diatas sehingga habis.

TIPS

  1. Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.
  2. Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam.
  3. Antara inti lain yang boleh dibuat ialah inti sardin dan inti pisang.

Kuah Bawang

1-2 bawang besar dihiris
2 sb cuka
½ sudu besar garam
6 sudu besar gula
250 ml air – letak pewarna merah sikit

FEEDBACK

Roshina –  Dah test murtabak Perantau ni – Resepi Noormasri memang sedapp.

Zairah Zbb –  zairah pun dah cuba resepi ni memang sedap n sempoi takyah nak uli tepung.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *