Cinnamon Roll Pancake

Seperti biasa musim-musim MCO ni saya suka berjalan-jalan di Pinterest. Sebab nak jalan-jalan di luar tak boleh kan. So saya terjumpa resipi Cinnamon Roll Pancake ini semasa saya mencari resipi Cinnamon Roll Bun. Anak-anak saya suka sangat Cinnamon Roll Bun tu. Tapi nak buat agak renyah juga. Maknya pun tak berapa nak rajin sangat kadang-kadang. Jadi terjumpa resipi Cinnamon Roll Pancake ini saya pun rasa nak cuba buat.

Saya kongsikan resipi pancake yang saya pernah buat dulu, lama dah. Tapi yang gambar hari ini saya buat guna Pancake Mix dalam kotak saja. Ada 2 kotak hari tu beli tak guna-guna lagi. Ada benda senang guna jelah. Malu apa boss kuuuu. 

Kiriman : Jeni
Inspirasi : Pinterest

Good Old Fashioned Pancake

Sumber : http://allrecipes.com/Recipe/Good-Old-Fashioned-Pancakes/Detail.aspx

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
  3. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
  4. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Pipekan filling cinnamon di atas pancake. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
  5. Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.
  6. Pipekan cream cheese glaze ke atas pancake apabila bersedia untuk makan.

Filling Cinnamon

Sumber : Recipe Atlas
4 sdb unsalted butter dicairkan
6 sdb light brown sugar
1/2 sdb serbuk cinnamon

Cara

  1. Campurkan light brown sugar dan serbuk cinnamon.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan sedikit sedikit.
  3. Gaulkan kesemuanya. Campuran jangan terlalu cair sebab nanti bila kita swirlkan ke atas pancake nampak cair dan tak nampak swirlnya.
  4. Mentega mungkin tak perlu digunakan semua.

Cream Cheese Glaze

Sumber : Recipe Atlas
4 sdb unsalted butter
57 gm cream cheese suhu bilik
3/4 cawan gula ising
1/2 sdt esen vanilla
Perahan lemon secukup rasa (optional)

Cara

  1. Caikan mentega.
  2. Masukkan cream cheese, esen vanilla dan peraham lemon. Gaul sekata.
  3. Masukkan gula ising secukup kemanisan yang disukai. Gaul lagi sehingga sekata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *