Assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah beberapa hari di wall FB saya lalu beberapa posting donat dari kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk mencuba juga membuat donat sendiri dengan menggunakan resipi lama yang pernah saya cuba dulu. Setelah dibelek-belek email lama dari zaman perkongsian resipi group Rnet di zaman yahoogroup, alamak nampak resipi yang dikongsikan dulu macam tak berapa betul sukatannya. Macamanalah saya convert dulu. Kalau tak jadi dulu harap ampun. So hari ni saya try semula resipi tu dan convert betul-betul.
Kali pertama saya mencuba resipi ini adalah pada tahun 2008. Lama betul. Resipi ini diambil dari laman web allrecipes.com. Laman web ini memang menjadi inspirasi saya semasa di awal pembukaan group resipi.net dulu.
Berbalik pada feedback donat semula, resipi ini bagi saya sedap, gebu dan lembut. Rasanya ala-ala donut yang mak-mak kita selalu buat. Dohnya selepas diuli sedang elok. Tidak terlalu keras dan tidak lembik sehingga sukar nak handle atau uli. Untuk memvariasikan rasa boleh sahaja tukarkan shortening kepada mentega, menukarkan susu kepada whipping cream dan sebagainya. Ada resipi yang menambahkan bread improver dan double acting baking powder untuk melembutkan lagi donat masing-masing. Bolehlah mencubanya.
Resipi ini diberi sekali dengan resipi sugar glazenya. Tapi saya hanya menggelekkan donut dengan gula sahaja. Lebih suka donat simple. Resipi ini menghasilkan banyak sungguh donatnya. Untuk kali ini saya menggunakan bekas bulat untuk menerap donat tersebut. Diameter donut saya sebelum digoreng adalah dalam 3 cm. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 30 keping donut. Jadi bolehlah kurangkan sukatan resipi ini mengikut keperluan keluarga masing-masing.
Saya cuba masukkan tips-tips yang saya dapat dari sifu Donat saya kak Nora. Kalau nak order kuih dan macam-macam dari kak Nora pun boleh 🙂 ( https://www.facebook.com/KakNKuihTradisi/ )
Crispy and Creamy Doughnuts
Kiriman : Jeni
Sumber : Kelly ( https://www.allrecipes.com/recipe/45921/crispy-and-creamy-doughnuts/)
Bahan-bahan
5 cawan tepung gandum
7 gm instant yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan gula
1 sdt garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
Cara
- Masukkan yis ke dalam air suam selama 5 minit sehingga ia berbuih.
- Di dalam mangkuk lain, campurkan susu, gula, garam, telur, shortening dan 2 cawan tepung. Gaulkan dengan mixer dengan speed perlahan.
- Tambahkan tepung sedikit sedikit sehingga doh tidak lagi melekat pada mangkuk.
- Uli sehingga doh lembut.
- Letakkan doh yang telah diuli ke dalam mangkuk yang telah digriskan dengan sedikit minyak.
- Tutup mangkuk dengan kain atau plastic wrap.
- Biarkan ia naik sehingga sekali ganda.
- Apabila doh sudah naik, cuba tekankan jari anda pada doh. Kalau lengkukan itu tidak naik semula menandakan doh sudah sedia untuk dibentuk.
- Keluarkan doh ke atas permukaan yang ditaburkan dgn sedikit tepung. Gelekkan kepada ketebalan 1/2 inci. Terapkan donat dengan apa-aapa bekas untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
- Biarkan doh yang telah dipotong naik sekali lagi. Tutupkan donat dengan kain. Jangan biarkan ia naik terlalu lama. Sekiranya doh tersebut kemek/pancit semasa di angkat maknanya doh tersebut telah terebih naik. Kalau terlebih naik kena redho jelah. Tak boleh nak buat apa. Nanti donat akan serap minyak.
- Panaskan minyak di dalam periuk atau pan untuk menggoreng. Setelah minyak panas kecilkan api semula. Masukkan donat ke dalam pan. Minyak jangan sampai membuak-buak macam mendidih tu selepas masuk donat ya. Itu maknanya minyak panas sangat. Donat akan mengembang lagi setelah masuk ke dalam minyak. Tak perlu goreng lama. Apabila nampak golden sedikit boleh kalihkan ke permukaan satu lagi.
- Setelah masak toskan dan biarkan sejuk seketika sebelum gaul dengan gula.
Bahan sugar glaze
1/3 cawan mentega2 cawan gula ising1 1/2 sdt esen vanilla4 sdb air panas (tambah atau kurang jika perlu)
Cara
- Cairkan mentega di dalam periuk atau pan.
- Masukkan gula dan esen vanilla. Gaul hingga cair.
- Alihkan dari api.
- Masukkan air panas sedikit-sedikit untuk mendapatkan konsistensi yang sesuai.