Kuih Lopes Tradisional

Berikut adalah kompilasi beberapa resipi kuih lopes tradisional yang telah dikongsikan di dalam group Resipi.net.

Kuih Lapis Bonda

Sumber : Hanny

Bahan utk kuih lopes:

250g beras pulut (saya guna brand Floral je)
Daun pisang (dilayukan)
Tali
Air (untuk merebus + sedikit garam untuk perisa)
Kelapa parut (dicampurkan sedikit garam)       

Cara:

  1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Basuh dan toskan.
  3. Bungkus beras pulut dalam daun pisang seperti di gambar atas sebelah kiri.
  4. Rebus selama sekurang-kurangnya 3 jam.
  5. Setelah masak, buka bungkusan daun pisang dan salut dengan kelapa parut. Hidang bersama air gula.

Bahan utk air gula:

200g gula merah
3 cwn air
Daun pandan

Kue Lopes Asli

Sumber : Kak Ray    

Terkenang bila buat kuih ni,  awrah emak kerap buat kuih ni kerana ramai yang suka makan. Membuat kuih ini sangat mudah. Gunakan beras pulut bermutu agar tekstur lopes kenyal dan lembut. Penambahan air kapur sirih akan membuat kuih ini kenyal. Aroma daun pisang dan kelapa juga membuat kuih ini harum sekaligus enak. yang ada dijual kat gerai-gerai skrg, sesah nak dapat yang betul-betul sedap sebab cara pembuatan yang ringkas,  lopes asli pulutnya padat dan tidak bederai bila potong.

Bahan Yang Perlu:

Pulut

500 gram pulut, cuci, toskan
3/4 sudu makan  air kapur sirih – optional
Air daun pandan cukup untuk tutup pulut

Kelapa:

100 gram kelapa parut
Garam

Sirap:

250 gram gula merah
80 gram gula pasir
150 cc air

Cara membuatnya:  

  1. Kelapa: campur semua bahan, aduk rata, lalu kukus selama 10 minit, angkat ketepikan.
  2. Sirap: campur semua bahan, aduk rata, masak hingga pekat angkat tapis.
  3. Pulut : campur semua bahan, aduk rata,  kacau atas api hingga air kering,
  4. Pulut separuh masak dan kurangkan masa merebus.
  5. Ambil 2 lembar daun pisang, gulung dengan posisi daun yang lebih hijau di sebelah dalam, lalu semat dengan lidi salah satu ujungnya, isi dengan adunan pulut 2/3 bagian dari panjang gulungan daun tersebut, semat ujung yang lainnya, ulangi hingga bahan habis, inin untuk lopes bulat,
  6. Buat segitiga  lebih cantik dan tak perlu potong-potong.
  7. Rebus selama1-1½  jam hingga masak, angkat, toskan, dinginkan, lalu buka pembungkusnya, potong-potong setebal 1 cm, gaul dengan kelapa dan tuang sirap di atasnya, sajikan.

Kuih Lopes Mariam Kassim

Sumber : Mariam Kassim

Assalaamu’alaikum, dibawah ni mak cik tuliskan resipinya, try jangan tak try, tak faham boleh tanya makcik.

Bahan
1 kg. pulut ( dapatkan pulut susu, sebab ia tak bercampur dengan beras jawi sedap dimakan)
10 – 15 helai daun pandan ( dibersihkan, digunting halus dan dimesin untuk diambil airnya)
1 camca besar air kapur sireh
Daun pisang secukup nya.
Tali untuk mengikat.
Botol kicap yang kosong yang sudah dibersihkan.
Kelapa parut ( putih sahaja)
Garam untuk digaul dengan kelapa parut

Sirapnya

300 gm gula perang
1 sdt jintan manis kasar (Bukan serbuk)
1/2 inci kulit kayu manis
2 – 3 helai daun pandan (dibersihkan dan dicarik-carik dan disimpul)
1 senduk gula pasir

Cara

  1. Pulut dibasuh bersih dan direndam selama 1 jam. 
  2. Kemudian masukkan pulut ke dalam periuk, masukkan juga air daun pandan dan ditambah air agak-agak paras pulut dan masukkan pula air kapur sireh dan dikacau sebati.
  3. Kemudian kacau di atas api sederhana dan jangan biarkan ia hangit. (Kacau sama seperti membuat ketupat pulut.
  4. Selepas itu, sejukkan sebentar.
  5. Sediakan daun pisang, layur di atas api agar daunnya lembut dan tidak koyak semasa membungkus.
  6. Setelah siap, ambil botol kicap yang kosong dan yang dah dibersihkan, balut daun pisang di sekelilingnya.
  7. Buat dua lapisan gulungan. Lebihkan daun itu ke hujung agak-agak boleh diikat dengan tali rafia. Kemudian ikat hujungnya. (Jangan keluarkan botol lagi)
  8. Setelah siap diikat, keluarkan botol dan masukkan pulut tadi sedikit demi sedikit dan tolaklah dengan kayu canai atau pun dengan punggung botol itu tadi sehingga kejap.
  9. Tinggalkan di atas agak-agak boleh diikat hujungnya dengan tali rafia.
  10. Ikat di atasnya dahulu kemudian ikat pula di tengah-tengah 2 ikatan. (Maksudnya 1 ikatan di hujung atas, 1 ikatan di hujung bawah dan 2 ikatan di tengah-tengah.)
  11. Setelah siap diikat, masakkan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan kuih ke dalamnya. 
  12. Rebus sehingga masak. Angkat dan toskan kuih tersebut agar sejat airnya.
  13. Setelah siap sejukkan.
  14. Buka balutan kuih dan potonglah dengan pisau. (Makcik gunakan benang untuk memotong lebih elok lagi.)
  15. Kemudian, gaullah dengan kelapa yang telah digaulkan dengan garam halus atau air garam.
  16. Masukkan ke dalam mangkuk atau piring dan tuanglah sirap ke atasnya. Hmmm sedap sekali.

Cara membuat sirapnya

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih di atas api.
  2. Setelah mendidih, masukkan pula gula perang, gula pasir, daun pandan, jintan manis kasar dan kulit kayu manis. (Lebih sedap jika menggunakan manisan kelapa atau manisan nipah. Boleh juga digunakan gula kabung)
  3. Masak sehingga gulanya pekat.
  4. Sejukkan dan tapis terlebih dahulu.

FAQ Kuih Lopes

Linda – LInda skrg terpanggil untuk cuba membuat kuih2 tradisional and kebetulan kuih lopes ni menjadi kegemaran Linda.  Linda nak tanya, lopez yang hanizah buat ni lembut tak?  ada org rendam pulut dgn air kapur…

Hanny – Linda, Hanny guna beras pulut brand Floral tu je. Hanny rendam pulut more than 3 hours guna air paip je. Then rebus 2 jam dan lebih dengan api medium. Kalau rendam pulut lama, rebus 2 jam dah memadai. Tp kalau nak senang, buat comel2, so that 2 jam dah OK. Hanny punya kuih lopes ari tu memang lembut. Dah lama x makan, tu yang buat tu. Try la Linda.

Rose Malik – kuih lopes kalu tak rendam dengan air abu chang yang berwarna kuning tak rasa lopesnya. ini masing2nyer kesukaan. saya selalu buat lopes sebab kat kedai jual tak sedap.rasa sama macam pulut biasa. anak-anak suka.abu chang ada 2 warna. 1 warna oren dan 1 lagi warna putih. yang warna putih selalu orang gunakan untuk lembutkan sotong kering. yang warna oren untuk buat lopes. resepi yg saya buat:1 biji abu chang oren1 kilo pulutsedikit garam cuci pulut. abu chang ditumbuk halus macam jadi tepung. rendam pulut bersama abu chang dan garam semalaman.

Julie – Rose….dah lepas rendam 1 mlm….masa nak mengukus tu nak kena cuci lagik ke pulut tuuu??

Rose Malik – tak payah cuci lagi bab 2 kena cuci bersih dulu sebelum rendam. langsung toskan.terus bungkus.saya selalu bungkus macam bentuk lontong.malas nak lipat2.bila masukkan pulut jangan sampai mampat. nanti dah masak keras.agak2 cukup penuh dah.pulut tak macam beras.kalu lontong tak leh penuh tapi pulut mesti full kalu tak nanti bila dah masak lopes lembik. rebus selama 2 -2 1/2 jam cukup. kalu buat ketupat pulut pun gini.kelongsong daun ketupat diisi penuh dengan pulut.

Noor Sharmiza – abu chang tu apa ek? caner rupanya and nak dpt kan di mana.. ?

Rose Malik – abu chang bulat.kalu nak gunakan mesti tumbuk pakai lesong. selalu kedai2 runcit ada jual.kalu kat sini saya slalu belik kat kadai mamak. saya mintak abu chang warna oren.tak tau samada kat sana ada.

Mistiah Jamil – Sebelum ni pun pernah terdengar kisah, ada satu bahan yang dipanggil air abu untuk buat kuih kaswi. Apakah ini bahan yang sama? Sebab bila baca info dari Rose yang mengatakan fungsi abu chang ini akan menyebabkan kuihtu kenyal2 gitu, teringat lah kisah air abu untuk kaswi ni…

Zarina Ishak – Rose, maaf nak tanya, kalau rendam dengan air abu warna oren, lopes tu jadi oren ke? Masa kecik2 dulu kalau buat mee kuning,  masukkan air abu tak tau la utk apa. La ni dah senang, mee byk dijual. Mak saya masih gunakan air abu yg putih utk rendam sotong kering. Biasanya saya masukkan sikit kapur masa rendam beras pulut supaya kuih jadi kenyal & tak lembik. Pastu masak (separuh masak je) dgn air  daun pandan so warnanya hijau dan wangi. Nak juga cuba  ikut versi Hanny & Rose Malik.  Rasanya lebih mudah. Sebab kalau masak dulu seksanya masa nak balut tak boleh sampai pulut sejuk. Tangan pulak kena sapu kapur supaya tak melekat. Kalau basuh dgn air pulut akan jadi lembik. Balut dgn daun pisang gak tapi bentuk silinder . Terima kasih

Rose Malik – abu memang warna oren tapi kalu di dalam air ia akan bertukar macam keruh gitu.pulut pun akan tukar color tapi tak oren.cubalah.

Kuih Lopes Hanny
Kuih Lopes Hanny

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *