Daging Masak Kicap Tok Jah

Sumber : Hellikonia/ Yatt Rahim
Gambar : Mak Lang Azie


1/2 kg daging batang pinang – di hiris lebarboleh juga dicampur dgn hati lembu (kepada yg suka..)
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 camca teh jintan besar
1/2 camca teh jintan kecil
1 camca teh lada hitam
sedikit air asam jawa
garam & sedikit gula (mklang tak letak)
2 biji bawang besar – dimayang melintang
kicap pekat

Cara

1. Kisar cili kering, bwg merah, bwg putih, halia, lada hitam & jintantumis bahan yang dikisar.

2. Selepas naik minyak, masukkan daging renihkan sebentar, masukkan sedikit air asam jawa, garam & sedikit gula.

3. Masukkan kicap selepas daging masak, masukkan bawang besar yang telah dimayang .

Feedback

MakLang Azie
Daging msk tok jah ni sedap….thks to kak aida yg sudi tempek resepi nih..anak mklang suka…maklang rebus daging tu sama kicap dulu…mklang nakkan air dagingtu….mklang tak letak garam pun…dah cukup rasanya .

Aida Rashid
Betul mak Lang , actually I pun dah try buat 2 weeks ago. Anak2 and tn tanahsuka sesangat .

Yatt
Maklang, terima kasih kerana sudi mencuba. arwah buat tersangat la sedapnya.. effect ‘air tangan’ dia kot. kami buat jadi, tapi tak se-perfect dia punya. & kalau dia masak, berhari2 kat luar tak masuk fridge pun tak basi.mudah2an terang kubur dia…-yatirahim cucu tokjah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *