Dapur Berasap Selepas Online

Puff Daging

Puff Daging

Sumber dan gambar kiriman : Ina Uzir

Bahan Inti daging
400gm daging cincang Ramly
1 biji bawang besar Holland
2 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1 sudu teh oregano
garam dan gula secukup rasa
Air

  1. Bawang putih dicincang halus. Bawang besar dipotong dadu.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah kekuningan masukkan daging. Gorengkan sedikit.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, oregano. garam, gula dan air. Biarkan sehingga daging lembut dan masak hingga kering.
  4. Setelah kering angkat dan sejukkan.

Bahan Pastri
1 pek puff pastry Kawanku
keju Mozarella
telur kuning

  1. Ambil 1 lapis puff pastry. Masukkan inti daging. Taburkan keju secukup rasa.
  2. Sapukan sedikit telur keliling kulit puff tapi jangan terlalu banyak.
  3. Lipat dua dan lekatkan tepi puff. Kemudian tekankan dengan garfu disekeliling puff. Ulangi proses tadi.
  4. Akhir sekali sapukan telur di atas puff. Bakar di dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga puff kekuning2an.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *