Recent Posts

Cream Puff Umi Imah

Cream Puff Umi Imah

Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti‚Ķ), wa tukau menu pulak.  Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah.    Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah‚Ķ kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa…

Cencaru Kerutub Hitam

Cencaru Kerutub Hitam

Maklang dah try resepi chef zaidah ni…sedappp. Resepi dari RASA bulan ni punya…sapa tak beli maklang tempek gaklah resepinya…..Mak maklang biasa buat untuk maklang dalam pantang tapi letak santan, guna ikan kering kurau..sedap oooo…lepeh makan peghut panas jer. Cencaru¬†Kerutub¬†Hitam Sumber : Chef ZaidahKiriman : Mak…

Kek Buah Kukus Norazie

Kek Buah Kukus Norazie

Saya cuba resipi ni pada 19 Sept. Hari ni baru sempat ambil gambar. Terima kasih banyak pada Norazie yang sudi melayan segala pertanyaan saya sehingga terhasilnya kek seperti dalam gambar yang saya sertakan. Zie, memang macam ni ke rupanya? Bagi komen sikit.

Sumber : Norazie
Kiriman : Lynn Sham
Tarikh : 27 September 2006

Bahan A
2 tin butter cap Golden Churn @ 680 gm butter packet
300 gm gula
5 bjii telur gred A @ 6 biji telur gred B
¬Ĺ botol esen limau

Bahan B ‚Äď ayak bersama
600g tepung gandum ‚Äď ambil segenggam untuk gaul dgn buah
2 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh serbuk buah pala

Bahan C ‚Äď Gula Hangus
300 gm gula

Bahan D
800 gm ‚Äď 1kg mix fruit ‚Äď make sure beli yg fresh + segenggam tepung (I sebab niaga, letak 800 gm jek)

Kertas minyak ‚Äď alas
LoyangAluminium foil ‚Äď tutup loyang

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan kukusan, air hampir penuh.
  2. Alas 2 loyang 8x8in dengan kertas minyak.
  3. Masukkan butter, gula dan esen limau, pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul agak-agak dah rata, cukup.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Putar perlahan hingga sebati, tutup (off) mixer dulu.
  5. Panaskan gula (C), kalau dapat dalam bekas yang non-stick. Kalau tak, apa-apa pun boleh.. janji boleh pegang untuk tuang nanti. Masak hingga warna coklat gelap dan berbuih-buih halus.
  6. Hidupkan balik mixer set perlahan dalam kelajuan 1.5 . Tutup api gula hangus. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam adunan (. Bila dah habis tuang, naikkan kelajuan hingga sebati. Stop.
  7. Pastikan air dalam kukusan dah mendidih. Bila air dah mendidih, gaul segenggam tepung tadi dengan mix fruit. Jangan gaul kuat-kuat, cukup untuk sadur luaran mix fruit tu.
  8. Masukkan mix fruit dalam adunan tepung, gaul dengan senduk kayu, agak-agak rata saja cukup, jangan terover.
  9. Sebelum tuang adunan ke dalam Loyang, gaul kasi rata buah-buahan tu supaya dapat bahagi sama banyak setiap loyang.
  10. Cover dengan aluminium foil, kemas dan klipkan ke tepi-tepi loyang supaya tak masuk air. Masuk dalam kukusan 2 tingkat. Selepas 2 jam atau 1¬Ĺ jam, boleh tambah air panas. Kukus selama minimum 4 jam atau 5 jam kalau larat tunggu.
Dodol Durian

Dodol Durian

Seminggu yang lalu, atas rasa “teringin nak makan”, saya kacau dodol perisa durian. Memandangkan sekarang ni musim durian dan murah serta senang nak dapat kat tempat saya ni, saya pun buat dodol perisa durian. Saya kacau dalam kuali biasa je atas dapur gas dengan api…

Cheesecake Durian

Cheesecake Durian

Hari ini tiba-tiba teragak nak share resipi yg ku gugel ni. Tak ingat siapa lak¬†tuan punyanya. Memang recommended sangat. Terdengar si bujang kecik bagi komen kat¬†kakaknya, “kak rasa macam makan¬†durian¬†laaa” :)) So sapa yang penggemar deghoyan + xtra koles tu sila-silakan menchobak ye. Yang ini…

Seri Kaya Sarah Sayang

Seri Kaya Sarah Sayang

Assalamualaikum,

kelmarin saya try resipi Seri Kaya ini sebab anak-anak dan suami suka makan dengan roti. Lagi pun kalau nak kaya kena selalu makan kaya. Hahaha acah aje.

Memang sedap betul¬†kaya¬†ni. Saya rasa kalah dari kedai. Buatnya pun tak susah (walaupun 3 kali baru saya lulus buat gula hangus ūüėõ ). Masa saya buat¬†kaya¬†dia tak cukup pekat, mungkin saya terlebih air kot. So saya tambah tepung jagung lagi sesudu besar. Perfecto! Bila rasa balik ok manisnya. Tapi lepas makan dengan roti Jeni rasa agak tawar. So lain kali nak tambah gula sket. Hehe tapi kemanisan ni ikut lain lidah lain. So kalau nak try cuba stick to the original resipi sebab orang lain yang dah buat kata ok.

Kalau tengok pada gambar-gambar, lain-lain warna Seri Kayanya. Ini semua bergantung kepada warna yang terhasil semasa kita buat gula hangus tu. Kalau tergelap makan tergelaplah juga kaya nya.

SERI KAYA

Sumber : Sarah Sayang
Kiriman : Jeni
Tarikh : 2 Mac 2007

Bahan-Bahan

1 cawan gula + 1 cawan air – buat gula hangus dan sejukkan (4)
1/2 cawan gula + 3 biji telur – dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2  cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air (3)

Cara

  1. Campur semua bahan ikut turutan. (1), (2), (3) dan (4)
  2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih. (lebih kurang 20 minit)

Nota dari Mak Lang Azie 

  • boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya
  • nak wangi, boleh letak daun pandan. Kalau tidak biarkan warna asli saja.
  • Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
  • nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
  • agak manis, boleh kurangkan gula kalau tak suka manis.
  • kadang-kadang maklang guna brown sugar jer sebab takmo manis sangat.
Ayam Golek Risya

Ayam Golek Risya

Ini resipi ayam golek yang dipromote baik oleh kawan baik saya. Saya try buat 2 hari lepas memang marvelous rasanya. Dan senang pulak tu. Rasa macam sambal ikan bakar yang dijual di pasar ramadan pun ada. Cubalah anda sure tak menyesal. Alina pon dah try…

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Resipi ini memang menjadi favourite saya dari dulu. Gambar yang ini pun dari gambar lama 10 tahun dulu semasa tinggal di Riyadh. Terima kasih buat Puan Noraini yang berkongsi resipi dengan detail sekali. NASI KERABU ISTIMEWA NORAINI Kiriman : Jeni¬†Sumber :¬†noraini@antara1.po.my Bahan dan Penyediaan NASI…

Sugar Cookies

Sugar Cookies

Acuan ini saya beli dah dekat 2 tahun rasanya. Tapi tak pernah lagi merasmikannya. Jadi saya pun cari-cari resipi untuk stamped cookies. Yang ini nampak simple jadi saya pun cubalah. Rasanya biasa-biasa sahaja. Ala-ala shortbread macam tu. Next time nak cuba yang ada perisa peanut butter atau mentega pula. Walau macamana pun anak-anak makan sehari tu juga habisnya.

Sugar Cookies

Sumber : katebragg.com

Bahan-bahan
3/4 cawan unsalted butter, suhu bilik
1 cawan gula ising
1 biji telur
1 1/4 sdt esen vanilla
1/2 sdt garam
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuatnya

  1. Pukul mentega dan gula ising di dalam mixer.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai fluffy.
  3. Masukkan tepung dan garam. Pukul perlahan sehingga campuran sebati.
  4. Bahagikan doh biskut kepada bulat-bulat kecil. 
  5. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan baking paper.
  6. Celup atau tekankan stamp biskut tu ke dalam tepung. Ketuk-ketuk sikit supaya tepung berlebihan tu jatuh.
  7. Stampkan atas doh tadi.
  8. Kemudian angkat perlahan-lahan stamp tu. Yang ini kena cuba juga beberapa kali sebab masa mula-mula saya buat tu melekat juga. Nak kena adjust pressure tekanan juga.
  9. Panaskan oven ke suhu 175 Celcius.
  10. Bakar selama 12-14 minit atau sampai nampak keemasan sikit.
  11. Biarkan ia sejuk seketika di atas loyang selepas masak kerana semasa mula-mula masak biskut akan lembut sedikit.
  12. Bila dah sejuk bolehlah simpan di dalam balang biskut.

Selamat mencuba.

Cookies & Cream Cheesecake

Cookies & Cream Cheesecake

Ini cheesecake yang tak perlu dibakar. Cuma chillkan sahaja. Dibuat pada 30 September 2008 dulu. Cookies and Cream Cheesecake Sumber : The Australian Women’s Weekly (Chocolate 70 wicked recipes) Bahan-bahan 250g biskut coklat150g mentega cair2 tsp gelatin1/4 cawan air / 60 ml air360g cream cheese…

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Assalamualaikumu & Salam Sejahtera ..¬†Selain set Nasi Briyani, sempat juga saya cuba resipi¬†Sambal¬†Goreng¬†Jawa ni.¬† Saya gunakan resipi dari Kak Su (Toshiba) sebagai panduan.¬†¬†Senang sebab ada sukatan.¬† Tetapi..¬† a)¬† saya gantikan tetelan dengan daging¬†dan kurangkan kuantitinya kerana b)¬† saya tambah paru dan¬†hati¬†+ mempedal ayam – ceduk…